LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Komander ESSCom DCP Victor Sanjos berkata aplikasi yang akan dikoordinasikan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu antara lain akan memudahkan pihak ESSCom mengesan pergerakan pelancong bagi memberi perlindungan jika perlu kepada mereka.
Beliau berkata ada negara maju yang telah menggunakan aplikasi seperti itu untuk menjaga keselamatan pelancong yang masuk ke negara berkenaan, yang setiap pelancong masuk akan diimbas menerusi aplikasi keselamatan itu dalam telefon bimbit masing-masing.
"Pelancong merupakan aset utama di ESSZone, kemasukan pelancong memberi manfaat limpahan ekonomi termasuk dari segi permintaan resort, hotel, pengangkutan termasuk restoran, jadi untuk memastikan mereka ini selamat kita (ESSCom) kena tahu pergerakan mereka.
"Mereka masuk kami imbas guna (aplikasi keselamatan) telefon bimbit mereka, jadi kami tahu pergerakan mereka dan kami boleh hantar aset kami untuk meninjau serta menjamin keselamatan mereka," katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Menembak ESSCom Bersama Pengamal Media ESSZone di sini hari ini.
Victor berkata seramai 54,795 pelancong telah melawat kawasan ESSZone dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding 31,619 tempoh sama pada tahun lepas, sekali gus memperlihat pelancong semakin yakin dengan tahap keselamatan di ESSZone.
Beliau berkata penggunaan aset keselamatan teknologi tinggi, seperti cadangan penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) disaran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini, wajar direalisasi bagi meningkatkan tahap keselamatan di ESSZone.
"Ini penting kerana penggunaan teknologi tinggi ini dapat mempercepatkan maklumat di lapangan dan memberi arahan kepada aset-aset di bawah, maksudnya tidak membuang masa dalam menjalankan tugas," katanya.
Mengulas peruntukan RM40 juta untuk ESSCom membabitkan penyediaan utiliti serta fasiliti termasuk kediaman diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, beliau berkata tinjauan kawasan telah dilakukan bagi membeli penempatan kakitangan awam dan keselamatan ESSCom di Lahad Datu.
"Ini supaya mereka yang ditugaskan menyertai ESSCom datang bersama komitmen dan tidak perlu risau tentang masalah perumahan ataupun penempatan," katanya sambil menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi fokus kepada ESSCom.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.