Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarangan kemungkinan termasuk gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu, kata Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun.
Beliau berkata anggota keselamatan ESSCom sedang memantau dengan rapi dan meneliti maklumat yang diterima berhubung perkara itu.
"Kita memang ada mendengar akan berlaku lagi ancaman gelombang kedua pencerobohan pengganas. Namun begitu, pihak keselamatan sedang memantau rapat dan mengambil maklum mengenai perkara ini termasuk berkongsi maklumat risikan dengan beberapa negara jiran.
"Kita perlu berwaspada dan sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada pengamal media yang menyertai Program lawatan ESSCom bersama media ke Tanduo, kira-kira 150 kilometer dari sini, pada Jumaat.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi, Pengarah Logistik dan Urustadbir Esscom Brig Jen Subari Tomo dan Pengarah Komponen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim M Karunanithi.
Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus kononnya akan berlaku gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu.
Berikutan itu, beliau berkata Esscom telah mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi menghadapi sebarang ancaman termasuk menambah aset-aset keselamatan dan pertahanan dan jumlah keanggotaan.
ESSCom juga telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dengan melaksanakan beberapa latihan kecekapan melalui Op Pasak I dan II yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Sandakan dan Tawau, katanya.
"Latih amal ini telah mendedahkan teknik dan langkah-langkah yang harus mdiambil sekiranya berlaku insiden pencerobohan di kawasan yang strategik seperti balai-balai polis, lapangan terbang dan rompakan bersenjata di bandar-bandar utama di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone)," katanya.
Abd Rashid menjelaskan bahawa sejak insiden pencerobohan Tanduo dua tahun lepas, tidak ada lagi pencerobohan pengganas Sulu yang baharu.
Beliau juga berkata: "Kita percaya pihak musuh tidak mudah untuk masuk ke negara ini tanpa kerjasama dan sokongan daripada penduduk tempatan yang menjadi tali barut kepada penjenayah di Esszone".
Sehubungan itu, Abd Rashid berkata pihak Esscom sedang memantau semua kegiatan tali barut-tali barut terbabit dan meminta mereka menghentikan kegiatan itu.
Katanya tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bersubahat dan melindungi penjenayah.
Mengenai perancangan masa depan kawasan perkampungan Tanduo, beliau berkata terpulang kepada kerajaan untuk memutuskannya.
"Kawasan ini adalah satu kawasan yang amat bersejarah bagi negara kita dan mungkin pihak kerajaan ada perancangan lain termasuk memulihara dan menjadikan tempat ini sebagai bahan bersejarah untuk tatapan generasi akan datang," katanya.
Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia terhadap pengganas Sulu di Tanduo dan Simunul, Semporna menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala dianggarkan 68 pengganas ditembak mati.
Menyentuh isu penculikan di Esszone, Abd Rashid berkata sejak perintah berkurung dikuatkuasakan keadaan kini lebih baik dan rata-rata rakyat mahu perintah berkurung itu diteruskan.
"Isu penculikan bukan perkara baru di Esszone. Kes penculikan telah berlaku sejak awal tahun 2000 lagi, jadi Esscom memang mengambil berat berkenaan isu ini.
"ESSCom juga telah bekerjasama dengan semua agensi keselamatan dan pertahanan bagi mengekang kejadian ini," katanya.
Mengenai Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) di Esszone, beliau berkata operasi ternyata berkesan terutama dalam mengurangkan dominasi penjaja atau peniaga PATI di kawasan bandar utama, khususnya di Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak.
Bernama
Sat Mar 07 2015
![ESSCom siap sedia hadapi gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ESSCom siap sedia hadapi gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/81414309855_295x200.jpg)
Abdul Rashid percaya pihak musuh tidak mudah untuk masuk ke negara ini tanpa kerjasama dan sokongan daripada penduduk tempatan yang menjadi tali barut. - Gambar fail
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Abdul Rashid belum muncul selepas umum sokong MB Selangor Abdul Rashid belum muncul selepas umum sokong MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709788672_TBAbdulRashidAsa.jpg)
Abdul Rashid belum muncul selepas umum sokong MB Selangor
ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari masih belum muncul selepas menjadi ADUN pertama PN di Selangor yang menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar.