KUALA LUMPUR: Etnik Rohingya di negara ini hanya mahu diberikan peluang pendidikan supaya dapat membangunkan komunitinya.
Wakil Forum Pembangunan Belia Rohingya, Mohammed Farouque memberitahu, bukan hak kerakyatan serta kebebasan lain yang dipinta oleh etnik itu, tetapi peluang untuk menimba ilmu agar masyakatnya dapat membangun seperti orang lain.
"Beri peluang kepada kita untuk mendapatkan pelajaran terutama kepada anak-anak kita. Bukan minta hak atau perkara lain. Cuma mencari peluang sahaja.
"Saya ingin mengambil satu contoh, terdapat satu pusat pendidikan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semasa dia (etnik Rohingya) berada di Malaysia, dia dapat menyambung pelajaran di Amerika Syarikat, Alhamdullilah dia dapat menamatkan pengajian di sana.
"Semasa memberi ucapan, dia menyebut 'terima kasih Malaysia,'. Kerana apa? Kerana ketika dia berada di Malaysia, dia mendapat peluang untuk belajar.
"Sekarang dia tengah mencari cara untuk membantu komunitinya.
"Jadi sekiranya kami mempunyai pelajaran, kami tidak perlu lari ke mana-mana," katanya ketika menjadi panel dalam Dialog Tiga Penjuru yang disiarkan di Astro AWANI malam tadi.
TONTON DI SINI: Dialog Tiga Penjuru: Xenofobia | Malaysia tidak berkecuali?
Dalam pada itu, Muhammad Farouque turut menghargai usaha Malaysia dalam mencari titik tengah kepada isu pelarian di negara ini.
Ujarnya, berdasarkan pengalaman beliau sendiri, Malaysia memberi layanan yang cukup berbeza berbanding negara-negara lain di dunia.
Ini termasuk isu yang menyentuh keselamatan dan kebajikan tempat tinggal etnik berkenaan.
"Jadi, bagi saya, syukur apabila sampai di Malaysia dan telah berjumpa dengan rakyat negara ini, saya tidak pernah mendapat penghargaan seperti yang saya dapat di negara ini," ujarnya lagi.
Senada dengan Mohammed Farouque, seorang lagi panel, Sukarelawan Malaysia for Syria (MFS), Ahmad Khawla turut berpandangan bahawa penerimaan rakyat negara ini terhadap masyarakat luar adalah positif terutama sekali masyarakat Islam dari negara lain.
"Orang Melayu suka bersedekah, suka amalan senyum, suka membantu dan suka amalan yang bermanfaat.
"Itu kerana saya berada di sini. Malaysia ibarat syurga di dunia," katanya.
Mengulas berkenaan kebajikan dan sentimen xenofobia yang ada di negara ini khasnya dari soal bantuan kepada pelarian, Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia (GPM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berpendapat adalah penting buat semua pihak menitik beratkan soal kemanusiaan dan bukannya pada status atau perbezaan.
"Kita daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu mengambil pendekatan strategik (dalam memberikan bantuan), ada masa dan ketika sewaktu COVID-19, dalam keadaan susah, ada faktor asal yang menyebabkan berlakunya sesuatu situasi yang mana kita hantar bantuan kepada penduduk Rohingya sahaja, sedangkan orang (tempatan) di sesuatu kawasan itu, ada yang susah juga.
"Jadi nanti ada yang mempersoalkan mengapa nak beri bantuan kepada orang lain sedangkan kita juga susah.
"Jadi kita ambil pendekatan yang mana apa sahaja bantuan dikenal pasti di mana-mana komuniti, kita perlu pastikan komuniti yang dibantu itu bukan hanya selective community, tetapi kita ambil kira juga faktor penduduk tempatan," jelasnya.
Nickyson Nyambar
Thu May 05 2022

Ketiga-tiga panel jemputan dalam program Dialog Tiga Penjuru melontarkan pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan topik 'Xenofobia: Malaysia tidak terkecuali?'. - Astro AWANI

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.

Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.

Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.

Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.

Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.

Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.

Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.

Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.

Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.

'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.