BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sebanyak 28.4 bilion euro (1 euro=RM5.04) pada 2022 untuk import produk tenaga hijau, termasuk turbin angin, panel solar dan biofuel cecair dari negara-negara luar EU.
Jumlah itu lebih dua kali ganda berbanding yang dibelanjakan pada 2021 (13.3 bilion euro), menurut Eurostat.
Dengan fokus pada produk-produk tertentu, EU mengimport panel solar bernilai 22.6 bilion euro pada tahun lepas, kenaikan sebanyak 145 peratus berbanding tahun 2021 (9.2 bilion euro), lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Terdapat juga peningkatan yang dicatatkan untuk biofuel cecair dengan jumlah import pada 2022 mencapai 5.1 bilion euro, peningkatan sebanyak 49 peratus berbanding tahun 2021 (3.4 bilion euro).
Peningkatan juga dicatatkan dalam import turbin angin, meningkat 17 peratus kepada 0.8 bilion euro pada tahun 2022 berbanding 0.6 bilion euro pada 2021.
Nilai produk-produk tenaga hijau yang dieksport oleh EU ke negara-negara luar jauh lebih rendah pada 3.7 bilion euro iaitu penurunan sebanyak 27 peratus daripada jumlah 2021 yang sebanyak lima bilion euro. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

EU mengimport panel solar bernilai 22.6 bilion euro pada tahun lepas, kenaikan sebanyak 145 peratus berbanding tahun 2021 (9.2 bilion euro). - Gambar fail/Reuters
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Parlimen: Pemaju digalak pasang panel solar untuk projek perumahan baharu - Fadillah
Sime Darby Property Bhd telah melaksanakan projek rintis solar bumbung, yang jika berjaya, akan dijadikan dasar nasional.

Bomba akan sedia garis panduan pemasangan panel solar
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.

Pemasangan panel solar di kediaman catat trend peningkatan
Inisiatif pemasangan panel solar di kawasan kediaman di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend peningkatan, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

EU belanja 28.4 bilion euro ke atas import produk teknologi hijau
EU membelanjakan sebanyak 28.4 bilion euro (1 euro=RM5.04) pada 2022 untuk import produk tenaga hijau.

Pekerja jatuh kren ketika pasang solar
Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari kren yang mengalami kerosakan ketika melakukan kerja pemasangan solar di sebuah rumah di Taman Subang Height, pada Selasa.

Kerajaan lulus hampir RM50 juta bina lebih 3,000 kiosk dengan panel solar
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM49.14 juta kepada 113 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembinaan dan menaik taraf 3,173 kiosk perniagaan yang dilengkapi panel solar.

Pelaksanaan subsidi bersasar dorong pengguna beralih kepada tenaga suria
Seorang pengguna berkata bahawa dengan penggunaan tenaga suria, bil elektrik bukan lagi satu isu buatnya.

Kediaman di Jepun wajib dilengkapi panel tenaga solar selepas 2025
Peraturan baharu itu diluluskan oleh perhimpunan tempatan ibu negara Jepun, pada Khamis.

Singapura bina ladang solar terapung
Ribuan panel solar disusun di perairan pantai Singapura dalam usaha republik itu membina ladang suria disebalik kekurangan kawasan lapang.

Pusat kitar semula panel solar dalam tempoh 10 tahun akan datang
Kerajaan kini berharap sebuah pusat kitar semula untuk panel solar akan dibangunkan oleh pihak swasta, dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.