KUALA LUMPUR: Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menandatangani kontrak untuk melaksanakan projek hak asasi manusia selama tiga tahun dengan anggaran geran berjumlah Euro 500,000 (RM2.31 juta).
Suhakam dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa kontrak itu dimeterai Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas dan Pengerusi Suhakam Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
Projek di bawah seruan 'Meluaskan Ruang Demokrasi, Mengukuhkan Kedaulatan Undang-Undang, Memupuk Rasa Hormat dan Melindungi Hak Asasi Manusia di Malaysia' itu dijadual bermula pada 1 Jan 2023, dan dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
"Inisiatif bersama ini merupakan kerjasama ketiga antara Suhakam dan Kesatuan Eropah, dengan kedua-dua pihak mempunyai harapan agar kerjasama ini dapat menuju ke arah pencapaian matlamat yang sama dalam ruang demokrasi dan hak asasi manusia untuk negara," menurut kenyataan itu.
Projek 'Memajukan Hak Asasi Manusia di Malaysia Melalui Pendekatan Strategik dalam Pendidikan dan Peningkatan Kesedaran' itu mempunyai objektif keseluruhan untuk menerapkan satu persekitaran yang membolehkan prinsip hak asasi manusia difahami, diterima, dihormati dan dilindungi.
Tiga tujuan utama projek ini ialah untuk menjalankan penyelidikan berkaitan usaha memajukan hak asasi manusia, meningkatkan kesedaran dan mempromosi kepada masyarakat mengenai prinsip-prinsip hak asasi manusia dan pembangunan kapasiti pendukung hak asasi manusia yang menyasarkan pelbagai penerima manfaat termasuk agensi kerajaan, pengamal undang-undang, organisasi masyarakat sivil, komuniti akar umbi dan tenaga kerja Suhakam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Suhakam memaklumkan bahawa kontrak itu dimeterai Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas dan Pengerusi Suhakam Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.

Hukuman mati kes Zulfarhan: 'Keputusan Mahkamah Rayuan detik suram kehakiman negara' - Suhakam
Suhakam dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia percaya bahawa hukuman mati bukan satu penyelesaian yang adil atau efektif.

Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.

Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak
Noor Aziah harap kerajaan menangguhkan perkara-perkara yang melibatkan anak angkat atau anak tidak sah taraf demi keadilan kanak-kanak tersebut.

Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792
Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi implementasi klausa berkaitan Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] secara menyeluruh.

Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika

Kertas Putih Kesihatan dibentang di Dewan Rakyat hari ini
Kertas Putih itu dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas berakhirnya sesi perbahasan dan penggulungan.

Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.