KETUA jurulatih England, Gareth Southgate, tidak akan bercakap dengan mana-mana pihak yang berminat dengan khidmatnya hingga selepas Euro 2024 berakhir sambil melabel spekulasi mengaitkannya ke Manchester United sama sekali tidak menghormati Erik ten Hag.
Musim panas ini merupakan temasya keempat dan terakhir pengurus berusia 53 tahun itu mengendalikan pasukan kebangsaan dengan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak akan tamat pada Disember depan.
Southgate berkata perbincangan kontrak masih jauh daripada topik dengan tumpuan penuhnya adalah untuk memacu kejayaan England di Jerman, namun dia tidak terlepas daripada tempias desas-desus jawatan di kem Manchester United.
"Saya rasa ada dua perkara dari sudut pandangan saya,” katanya.
“Yang pertama, saya ialah pengurus England. Saya mempunyai tugas dan pada asasnya, untuk mencuba dan menjulang Kejohanan Eropah. Tetapi sebelum itu, dua perlawanan penting minggu ini menjadi tumpuan kami.
"Dan perkara keduanya ialah Manchester United masih mempunyai pengurus dan saya fikir adalah satu langkah yang tidak sopan apabila spekulasi itu mengenai pengurus sedia ada.
"Saya presiden LMA (Persatuan Pengurus-Pengurus Liga) jadi saya benar-benar tiada masa untuk melayani perkara seperti ini."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Mar 23 2024
![Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700275402_GarethSouthgate.jpg)
Southgate (gambar) melabel spekulasi mengaitkannya ke Manchester United sama sekali tidak menghormati Erik ten Hag. - Foto AP
![Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841773_HinduThaipusam.jpg)
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
![Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
![Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738841428_SultanAbdullah.jpg)
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
![Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700275402_GarethSouthgate.jpg)
Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, tidak akan bercakap dengan mana-mana pihak yang berminat dengan khidmatnya hingga selepas Euro 2024 berakhir.