Program visa elektronik (eVISA) yang diperkenal kerajaan sejak Mac bakal merealisasikan sasaran 32 juta orang pelancong ke Malaysia dengan janaan pendapatan lebih RM118 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak optimis program ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pemohon dari negara terbabit.
Katanya, program ini turut mensasarkan pelancong dari India dan China.
"Jumlah pemohon visa dalam kalangan rakyat China contohnya meningkat sebanyak 284,606 orang antara Mac 2016 hingga April lalu, selain 323,173 orang memohon melalui Pendaftaran dan Maklumat Perjalanan Elektronik (eNTRI).
"Bagi tempoh yang sama juga, permohonan visa bagi warganegara India turut meningkat sebanyak 91.1 peratus, iaitu daripada 36,442 visa yang diluluskan pada Mac 2016 kepada 69,635 visa pada April lalu.
"Program eVISA ini bukan sahaja mampu membawa negara ke tahap keselamatan yang lebih tinggi, bahkan telah membantu mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih selamat untuk rakyat, pelancong dan komuniti perniagaan," katanya ketika berucap melancarkan program eVisa dan Pusat Komunikasi eVisa (eVCOMM) pada Selasa.
Ketika ini, permohonan eVISA boleh dilakukan oleh rakyat dari 10 negara iaitu China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Serbia dan Montenegro.
eVISA membolehkan pelancong dan pelajar antarabangsa serta ekspatriat mendapatkan visa ke Malaysia dalam tempoh 48 jam, tanpa perlu ke Pusat Sehenti Setempat atau kedutaan dan konsulat seperti sebelum ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
Hilal Azmi
Tue Aug 15 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis perasmian Pusat Komunikasi eVISA dan eVCOMM hari ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelancong guna eNTRI tetap tertakluk peraturan sedia ada - KDN
Walaupun diberikan kelonggaran, pelancong masih tertakluk kepada semua peraturan, prosedur dan kawalan imigresen.

KDN ambil tindakan pelancong China, India tinggal lebih masa
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu pelancong China dan India tinggal lebih masa di negara ini seperti tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018.

eVISA bakal realisasi sasaran 32 juta pelancong ke Malaysia tahun ini - PM
Program visa elektronik (eVISA) yang diperkenal kerajaan sejak Mac bakal merealisasikan sasaran 32 juta orang pelancong ke Malaysia dengan janaan pendapatan lebih RM118 bilion.