MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan.
Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
"Insya-Allah saya akan memaklumkan perkara ini juga selepas saya mengambil kira segala aspek, kebolehan, begitu juga pengalaman (Exco) bagi setiap portfolio yang akan saya lantik nanti berlandaskan kepada mereka yang telah memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Dan sudah pasti selepas itu, saya akan maklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun untuk berbincang dengan beliau. Insya-Allah bagi saya sedikit masa lagi, dalam masa terdekat.. should be next week (minggu depan)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Mohd Ali di Dewan Seri Utama awal pagi ini.
Ditanya mengapa istiadat mengangkat sumpah jawatan berkenaan diadakan pada awal pagi ini berbanding jadual asal pada petang ini, Sulaiman berkata perkara itu perlu disegerakan kerana ada Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada Selasa, disusuli dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur.
"So (Jadi) masa itu agak suntuk, besok (hari ini) dah hari Ahad, kemudian banyak perkara yang perlu kita perbincangkan dulu dengan Tuan Yang Terutama Tun. Apabila finalised (dimuktamadkan) hari Selasa kita nak bergerak (ke kedua-dua mesyuarat tersebut)... kena angkat sumpah juga pada malam ini," katanya.
BACA: PRN Melaka: KM Sulaiman janji tidak hampakan rakyat Melaka
BACA: PRN Melaka: Sulaiman Md Ali selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Dalam pada itu, Sulaiman berjanji beliau akan menjadi pemimpin untuk semua rakyat negeri Melaka tanpa mengira etnik, kaum, bangsa mahupun agama.
"Sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu saya akan menunaikan kewajipan seperti rakyat negeri Melaka mahukan serta menggalas aspirasi Tuan Yang Terutama Tun dalam memasyhurkan negeri Melaka di persada antarabangsa.
"Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka yang mengurus dan mentadbir negeri Melaka sejurus pembubaran DUN Melaka bermula 4 Okt sehinggalah keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) malam tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021

Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, 21 Nov 2021. -- fotoBERNAMA

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.

Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan
Kemelut politik di Melaka membabitkan pertukaran Ketua Menteri negeri itu tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.

Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.

"Keputusan lepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka hanya kerana desakan hati" - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan langkahnya melepaskan jawatan sebagai ketua menteri dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.

Sulaiman menangis tinggalkan pejabat rasmi Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.

Zahid sahkan UMNO cadang nama Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu
Ahmad Zahid turut memaklumkan Sulaiman memberitahunya faktor kesihatan merupakan faktor beliau meletakkan jawatan.

Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan
PN Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa dicurahkannya sepanjang memegang jawatan itu.

Sah! Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka baharu Jumaat ini
Pejabat SUK Melaka mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan Jumaat.

Sulaiman, TYT masuk pejabat di Seri Negeri seperti biasa
Difahamkan beliau hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.