KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat bersama tiga individu lain terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 127.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1), pada petang Rabu.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebooknya awal pagi Khamis, Hanafiah yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri memaklumkan mereka tidak mengalami kecederaan serius dalam insiden itu.
"Perjuangan tidak akan berhenti kecuali nyawa berpisah dari jasad. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.
"Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius. Insya-Allah, saya akan terus berkhidmat buat (untuk) rakyat," tulisnya.
Difahamkan, Hanafiah bersama pemandunya, Mohd Zubaidi Zahari, 33 serta dua rakan mereka menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas menyelesaikan urusan kerja di Kuala Lumpur sebelum ditimpa kemalangan kira-kira jam 4.20 petang.
Menurut Mohd Zubaidi, ketika kejadian kenderaan dipandunya berada di lorong sebelah kanan sebelum sebuah lori membawa muatan buah-buahan tiba tiba memasuki lorong sama dari sebelah kiri.
"Lori terbabit tidak memberi sebarang isyarat dan menghimpit kenderaan yang saya pandu menyebabkan kenderaan kami hilang kawalan lalu terbalik.
"Saya dan dua penumpang lain hanya cedera ringan namun YB (Hanafiah) beritahu sakit pada bahagian belakang badan.
"Syukurlah kami semua selamat. YB (Hanafiah) kini sedang mendapat rawatan di Kuantan Medical Centre (KMC)," katanya ketika dihubungi di sini.
Insiden menimpa ADUN Chukai itu turut dikongsikan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menerusi hantaran di Facebooknya pada malam Rabu.
Beliau memaklumkan Exco Kerajaan Terengganu berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
“Allahuakbar. Dikhabarkan sahabat ambe (saya) YB Hj Hanafiah Mat atau lebih mesra YBC, Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Chukai kemalangan petang tadi (Rabu), " tulisnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023

Semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan serius. - Gambar/ Sinar Harian

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.

Exco Terengganu, ADUN Chukai, 3 individu terselamat kemalangan di LPT1
Hanafiah Mat bersama tiga individu lain terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 127.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1), pada petang Rabu.

Exco didakwa perlekeh Menu Rahmah
Berdasarkan video itu, Hanafiah dilihat menjamah hidangan tersebut sambil merungut tentang sayur yang sedikit dan tiada kuah.

Ibarat tsunami ...
Itu gambaran diberikan penduduk Taman Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Chukai, di sini apabila tangki air taman perumahan tersebut runtuh dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Jumaat.

Janganlah pindah kilang Pesama keluar dari Kemaman - ADUN Chukai
Ia bagi mengelakkan masyarakat daerah ini hilang pekerjaaan sekali gus memberi kesan kepada keluarga kesemua pekerja itu sendiri.