JERTIH: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu Azman Ibrahim hari ini didenda RM2,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang berkuat kuasa susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Abdul Rozak Muhammad mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan berkata kompaun RM2,000 adalah jumlah maksimum yang dikenakan kepada mana-mana individu yang melanggar SOP ditetapkan.
"Bagi mana-mana perbadanan atau pertubuhan yang melanggar SOP Aidilfitri, kadar maksimum kompaun ialah RM10,000," katanya.
Terdahulu, Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut selepas tular di laman sosial gambar beliau dikunjungi seorang tetamu lelaki semalam.
Lelaki berumur 55 tahun itu, yang enggan dikenali, turut didenda RM2,000.
Berikutan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula Rabu lepas hingga 7 Jun, beberapa SOP bagi sambutan Aidilfitri telah ditetapkan termasuk tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 14 2021

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut. - Gambar/ Facebook Dr Azman Ibrahim

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.

Portfolio 10 Exco Terengganu diumum Rabu - MB
Portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan diumumkan pada Rabu.

Kes serangan anjing liar ke atas ternakan di Terengganu serius - Exco
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan bersepadu dalam masa terdekat susulan peningkatan kes melibatkan kematian haiwan ternakan akibat serangan anjing liar di negeri ini.

Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan.

Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.

Exco Terengganu didenda RM2,000 langgar SOP Aidilfitri
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu Azman Ibrahim hari ini didenda RM2,000 setelah didapati melanggar SOP.

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.