KUALA LUMPUR: Gergasi media sosial Facebook menyatakan komitmennya untuk terus memberi sokongan kepada agensi berita di negara ini.
Ketua Komunikasi Malaysia & Brunei Facebook, Serene Siew berkata, syarikat itu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu penerbit membina model perniagaan yang lestari.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami terus meningkatkan penglibatan dan sokongan kami kepada penerbit Malaysia.
“Kami akan memberikan fokus untuk bekerja dengan industri tempatan dan membina komuniti yang teguh untuk penerbit berita di Malaysia,” kata Siew kepada Astro AWANI menerusi satu e-mel pada Jumaat.
Tambahnya, komitmen global Facebook untuk melabur dalam berita yang berkualiti tetap tidak berubah.
“Kami akan terus melabur dalam berita dan bekerja secara langsung dengan pelbagai jenis penerbit bagi menambah nilai kepada perniagaan mereka,” katanya.
Bagi rantau Asia Pasifik, beliau berkata, usaha tersebut merangkumi program untuk melatih wartawan dengan kemahiran baharu dan menyokong transformasi digital bilik berita.
“Kami juga telah memperluaskan kerja kami di rantau ini dengan komuniti penyemak fakta dan juga menawarkan geran untuk memberikan sokongan kepada bilik berita yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” jelas Siew.
Antara kolaborasi Facebook dengan penerbit berita di rantau Asia Pasifik termasuk Astro AWANI, News Straits Times, MalaysiaKini, Sin Chew, TV3, Mediacorp, South China Morning Post dan Bangkok Post.
Mengulas mengenai penerbit berita antarabangsa pula, beliau berkata mereka boleh terus menerbitkan kandungan berita di Facebook, namun pautan dan muat naik tidak dapat dilihat dan dikongsi oleh pengguna di Australia.
Pada Khamis, Facebook berkata akan menyekat pengguna di Australia daripada berkongsi atau membaca kandungan berita di platformnya.
Ia susulan Australia ingin gergasi teknologi seperti Google dan Facebook untuk membayar kandungan yang dikeluarkan syarikat berita ini.
Isabelle Leong
Sat Feb 20 2021

Bagi rantau Asia Pasifik, usaha tersebut merangkumi program untuk melatih wartawan dengan kemahiran baharu dan menyokong transformasi digital bilik berita.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.