KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.
Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Fadhlina turut mendoakan kejayaan semua calon yang menduduki peperiksaan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menerusi Facebook beliau turut merakamkan ucapan sama kepada calon SPM 2023.
"Semoga memperoleh kecemerlangan dan kejayaan. Selamat Maju Jaya!," kata Dr Zaliha dalam hantarannya.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut tidak ketinggalan mengambil peluang mengeluarkan video pendek sempena calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis itu hari ini.
Di dalam video berdurasi satu minit 21 saat itu, Tengku Zafrul meminta para calon SPM usah mensia-siakan peluang yang ada dan meminta mereka berusaha sehabis baik demi masa depan.
"Sekolah itu tujuannya nak jadikan kita insan yang seimbang, tahulah serba serbi pasal dunia ini. Jadi kita belajarlah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan subjek-subjek lain sebagai persediaan.
"Bila kita dah tamat alam persekolahan, Insya-Allah ilmu yang kita ada itu akan memudahkan kita untuk memilih karier yang sesuai," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.
Baru-baru ini tular beberapa pempengaruh media sosial mengganggap hadir ke sekolah adalah satu pembaziran dan SPM tiada sebarang nilai langsung kerana tidak membantu dalam kehidupan mereka.
Secara keseluruhan, seramai 395,870 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara yang berlangsung dari 8 Jan hingga 7 Mac depan, melibatkan tiga jenis ujian iaitu ujian bertutur, mendengar dan peperiksaan bertulis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

Seramai 395,870 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara - Foto Facabook/Fadhlina Sidek

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.

TPM Ahmad Zahid ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

PM Muhyiddin rakam ucapan selamat maju jaya kepada calon SPM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, yang bermula esok.

Lopetegui enggan beri ulasan lanjut
Lopetegui dipecat daripada jawatan ketua jurulatih buat juara Piala Dunia 2010 itu pada Rabu selepas Real Madrid mengesahkan dia bakal bertindak sebagai pengendali Los Blancos.