KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Indonesia bermula esok dalam usaha untuk memperkukuh lagi kerjasama serantau dalam sektor agrikomoditi.
Semasa lawatan itu Fadillah akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto untuk membincangkan isu-isu berkaitan industri sawit.
"Antara perkara utama yang akan dibincangkan ialah berkaitan strategi yang perlu disusun secara terancang untuk menangani peraturan Kesatuan Eropah (EU) terutamanya European Union Deforestation Regulation (EUDR) yang meletakkan industri sawit dalam risiko.
"Selain itu, kerjasama melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) akan terus dipertingkat bagi kepentingan bersama," kata Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan hari ini
Menerusi lawatan itu Malaysia berhasrat dapat mengukuhkan pakatan negara pengeluar minyak sawit dan menggiatkan kempen positif secara bersama di samping mengadakan dialog dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk negara pengeluar dan pengguna minyak sawit.
Menurutnya, kerjasama Malaysia dan Indonesia amat penting di peringkat antarabangsa dengan organisasi pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak pensijilan dan rangka kerja di peringkat global.
"Kerjasama ini penting kerana isu persijilan dan kebolehjejakan merupakan elemen yang dititikberatkan dalam pelaksanaan EUDR dan akses kepada pasaran global.
"Kementerian berharap lawatan ini akan menggerakkan langkah tersusun secara kolektif demi menjaga kepentingan industri sawit daripada serangan pihak luar terutamanya EU melalui halangan perdagangan yang berbentuk diskriminasi," katanya.
Selain itu, Fadillah juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Indonesia Dr Zulkifli Hasan untuk membincang dan memperkukuh kerjasama sedia ada antara Malaysia dengan Indonesia melalui Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
"Perbincangan juga akan memberi tumpuan kepada cadangan penubuhan Majlis Getah ASEAN (ArCo) di bawah ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Fadillah akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto untuk membincangkan isu-isu berkaitan industri sawit. - Gambar fail

Serangan seksual kanak-kanak: Semua pihak diseru amal kawal selia kendiri dalam pelaporan - CMCF
Semua pihak diseru memainkan peranan dalam menguatkuasakan kawal selia kendiri berhubung kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.