KUALA LUMPUR: Hal ehwal serta kepentingan Sabah dan Sarawak tetap menjadi keutamaan kerajaan Persekutuan dengan pengekalan portfolio menteri kanan dan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang digalas wakil dari kedua-dua negeri berkenaan kekal dalam Kabinet baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Malah menteri berpengalaman dalam pentadbiran terdahulu turut diberi kepercayaan menggalas portfolio berkenaan iaitu Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
Dalam barisan 'Kabinet Berorientasikan Hasil' yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, enam wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak dilantik sebagai menteri penuh dan 10 timbalan menteri dengan kebanyakan mereka kekal dengan portfolio yang disandang pada pentadbiran terdahulu.
Ia merupakan jumlah sama seperti dilantik kerajaan sebelum ini.
Mereka yang menganggotai Kabinet baharu serta menggalas portfolio yang sama seperti sebelum ini ialah Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna; Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula diberi peranan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ini kabinet baharu Ismail Sabri
Sembilan timbalan menteri dalam pelbagai kementerian yang dilantik pula melibatkan masing-masing empat dari Sabah dan lima dari Sarawak.
Timbalan menteri dari Sabah kali ini melibatkan dua muka baharu iaitu Yamani Hafez Musa (Kementerian Kewangan) dan Datuk Mohamad Alamin (Kementerian Pendidikan), selain Datuk Arthur Joseph Kurup (Kementerian Kerja Raya) dan Jonathan Yassin (Kementerian Dalam Negeri).
Timbalan menteri dari Sarawak ialah Datuk Hanifah Hajar Taib (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ali Biju (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Aaron Ago Dagang (Kementerian Kesihatan) dan Willie Mongin (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi).
Selain itu, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Datuk Hasbi Habibollah sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Menteri Kanan Kerja Raya manakala Dr Maximus Johnity Ongkili sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak). - Gambar fail
Pasca Perang Syria: Presiden Syria sasar pulih hubungan dengan A.S
Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercadang untuk memulihkan hubungan dengan Amerika Syarikat dalam masa terdekat tetapi belum mengadakan sebarang perhubungan dengan pentadbiran Trump.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terpedaya penipuan pelaburan
Seorang pengarah syarikat kerugian RM2.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di platfrom Digzax Exchanger.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Polis mohon bantuan kesan warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Januari lalu.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Lori muatan pasir terbabas, pemandu warga emas maut
Seorang lelaki warga emas maut apabila lori muatan pasir yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kampung Menggaris, di sini pada Sabtu.
Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Sabah
Pewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan bernilai RM1.8 juta yang siap pada 27 Sept lepas dijangka mampu meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara di Sabah.
Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.