KUALA TERENGGANU: Golongan belia yang berkecimpung dalam bidang perladangan digalakkan supaya terlibat dengan penyelidikan agar dapat memanfaat perkembangan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dengan adanya penyelidikan, para peladang bukan sahaja mampu mengendalikan teknologi sedia ada malah mereka juga berupaya mencipta teknologi baharu.
"Mereka juga digalakkan terlibat dengan penyelidikan supaya bukan sahaja tahu menggunakan mesin tetapi juga boleh mencipta mesin yang sesuai dalam sektor perladangan tak kiralah kelapa sawit, getah dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Sembang Santai bersama Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di sini malam ini.
Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor perladangan juga mampu meningkatkan pendapatan sekali gus menarik lebih banyak penglibatan belia dalam bidang tersebut.
Beliau berkata antara cabaran negara ialah banyak bergantung kepada pekerja asing dalam sektor perladangan, justeru strategi seumpama itu mampu mendorong lebih banyak golongan muda terutama generasi kedua peladang berminat untuk meneruskan legasi mereka.
"Dengan memodenkan sektor ini, diharap dapat menarik belia berminat dan berkecimpung dalam bidang perladangan," katanya.
Fadillah berkata perkara itu terbukti apabila Sime Darby Plantation mampu menggaji 70 peratus pekerja tempatan kerana menggunakan teknologi mekanisasi.
Beliau berkata golongan belia juga perlu sedar bahawa bidang perladangan sebenarnya mampu menawarkan gaji yang setimpal lebih-lebih lagi jika pekerja mempunyai kemahiran.
"Ada yang berpendapatan purata RM3,000 sebulan walaupun hanya ada sijil vokasional... Gaji bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran. Kalau ada kemahiran, gaji dibayar setimpal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

Fadillah berkata, dengan adanya penyelidikan, para peladang bukan saja mampu mengendali teknologi sedia ada malah mereka juga berupaya mencipta teknologi baharu. - Gambar fail
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.