IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan terhadap penubuhan Majlis Perundingan Masjid serta pelantikan terhadap 55 orang sebagai Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak, pada Rabu.
Penubuhan entiti baharu majlis syura yang pertama kali diwujudkan seumpamanya di Malaysia itu adalah usaha untuk mempertingkatkan pengimarahan masjid serta percambahan minda bagi pembangunan masjid.
Sultan Nazrin bertitah, selain perlu bersyukur atas kemudahan masjid-masjid di negara ini, masyarakat Islam juga perlu memberikan perhatian kepada kepentingan aspek mengimarahkannya.
Justeru titah baginda falsafah pembinaan masjid harus difahami agar ia tidak hanya menjadi satu ‘monumen sepi’ yang mana hanya dimakmurkan pada hari Jumaat, bulan Ramadan serta pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha.
“Falsafah di sebalik pembinaan masjid harus diselami dan difahami supaya belanja besar membina bangunan tersergam, dilengkapi pendingin udara, dihamparkan permaidani tebal, disilaukan cahaya ‘chandelier’, tidak menjadi monumen sepi, sekadar dimakmurkan seminggu sekali pada hari Jumaat, 30 malam setahun pada bulan Ramadhan, dua pagi setahun pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha.
“Selebihnya, masjid tinggal dalam isolasi sebagai bangunan sepi lagi sunyi. Banyak masa, usaha, belanja, sumber digunakan untuk membina masjid, dan sewajarnya diperlengkap dengan usaha untuk mengimarahkan masjid,” titah Sultan Nazrin.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Watikah Ahli-Ahli Majlis Perundingan Masjid di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, serta Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Pada majlis berkenaan, Sultan Perak turut berkenan mengurniakan watikah kepada 55 orang Ahli Majlis Perundingan Masjid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta berpengalaman luas menguruskan masjid.
Mendahului senarai penerima watikah adalah Mohd Annuar yang dilantik sebagai pengerusi.
Baginda bertitah idea penubuhan Majlis Perundingan Masjid itu tercetus melalui majlis syura, iaitu program percambahan minda yang diadakan MAIPk bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa masjid di Perak pada Januari lalu.
“Semoga melalui majlis ini akan berlaku perubahan minda dan perubahan budaya, menghasilkan ramuan dan kaedah baharu untuk mengimarahkan masjid.
“Ahli-ahli Majlis Perundingan Masjid hendaklah berfikiran besar, membolehkan masjid berperanan secara lebih dinamik lagi bermakna, dikeluarkan dari kotak sempit, dimerdekakan dari kepompong pemikiran lama yang telah diformulasikan secara terancang oleh penjajah pada masa lalu, dengan tujuan tersirat mahu membatasi peranan masjid kepada urusan-urusan ibadat yang ditakrif dengan dimensi yang sempit,” titah baginda lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 30 2023

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan memberi titah pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak di Dewan Al-Ghazali Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.

Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.

PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Perak
Anwar mendoakan Sultan Nazrin, Raja Permaisuri dan seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya.

Mufti Perak dahului senarai 238 penerima Darjah Kebesaran Perak
Wan Zahidi merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hari Kebangsaan: Sultan Nazrin santuni sembilan 'wira negara' bekas anggota keselamatan
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyantuni sembilan wira negara bekas anggota keselamatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Fahami falsafah pembinaan masjid, jangan jadikan ia monumen sepi - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan terhadap penubuhan Majlis Perundingan Masjid serta pelantikan terhadap 55 orang sebagai Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak.

Datuk Lat syukur terima gelaran Seniman Diraja
Datuk Lat menjadi individu pertama di Perak yang mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Tindakan tegas, segera perlu diambil henti perbuatan racun fikiran rakyat isu kaum, agama - Sultan Perak
Pandangan ekstrim berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemai rasa benci wajib dihentikan.