KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar semua pihak memahami, menghayati dan mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Baginda bertitah, Demokrasi Berparlimen apabila difahami, dihayati dan diamalkan, berupaya menjadi sauh bagi membantu mewujudkan kerajaan yang stabil.
Sultan Nazrin menambah, kerajaan yang mengamalkan budaya tadbir urus yang telus dan terpuji, adalah kerajaan yang mendapat keyakinan, penerimaan serta sokongan rakyat.
“Doktrin Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mengandungi semangat luhur yang perlu difahami.
“Doktrin tersebut, jika difahami semangatnya, dihayati lalu diamalkan akan mewujudkan sistem pemerintahan yang saling imbang mengimbangi dan sistem berkerajaan yang saling lengkap melengkapi,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah ketika berkenan melancarkan Buku ‘Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara’ di sebuah hotel di ibu negara pada Sabtu.
Demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, Sultan Nazrin turut bertitah, cabang eksekutif dan kehakiman, wajib merangkaikan jalinan kerjasama dalam semangat saling melengkapi, di samping memenuhi peranan semak dan imbang.
Titah Sultan Nazrin ia bagi membangunkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat dan mengamalkan tadbir urus yang terserlah.
“Sedarilah! Begitu mudah menyemaikan kebencian yang boleh memusnahkan, sedangkan begitu sukar menyemaikan rasa kasih sayang yang membina.
“Sesungguhnya! usaha untuk menegakkan kebenaran dan keadilan itu memerlukan keberanian dan kekuatan yang lebih gagah daripada keberanian anggota tentera yang bertempur di medan perang.
“Sesungguhnya, takhta berupaya dan takhta bersedia memenuhi tanggungjawab untuk membina keyakinan ketika rakyat sedang dilambung gelombang krisis keyakinan dengan memenuhi peranan mekanisme semak dan imbang, demi memastikan berlakunya keadilan; memberikan jaminan bahawa setiap warga berkedudukan sama di sisi undang-undang, memastikan perlembagaan diluhurkan dan undang-undang didaulatkan,” tambah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, Buku Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara’ yang ditulis oleh Datuk Prof. Madya Wan Ahmad Fauzi Wan Husain bertujuan memberi pencerahan mengenai maksud kedaulatan di sisi falsafah undang-undang.
Buku tersebut juga, jelas baginda menghuraikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja sebagai tonggak kedaulatan Malaysia.
“Kedaulatan, istilah yang berakar daripada perkataan ‘daulat’, bermaksud hal, keadaan atau sifat daulat; merujuk kepada berkat kebahagiaan yang ada pada raja yang memerintah, kuasa atau hak tertinggi yang dimiliki oleh raja, kerajaan, undang-undang dan sebagainya ke atas sesuatu hal.
“Daulat juga ditakrifkan sebagai kuasa atau keistimewaan luar biasa yang dipercayai dimiliki oleh raja, keturunan raja dan peralatan diraja.
“Daulat turut dikaitkan dengan perkara buruk yang dipercayai berlaku kerana melanggar larangan atau melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap raja,” titah Sultan Nazrin.
Buku tersebut meletakkan enam eleman antaranya kedaulatan negara Malaysia berpaksi pada kedudukan raja-raja Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu perlu diberi tafsiran yang betul untuk menjelaskan sistem perlembagaan terdiri daripada falsafah, doktrin dan prinsip.
Hasimi Muhamad
Sat May 27 2023
Sultan Nazrin bertitah, Demokrasi Berparlimen apabila difahami, dihayati dan diamalkan, berupaya menjadi sauh bagi membantu mewujudkan kerajaan yang stabil. - Gambar/ Astro AWANI
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit genjatan senjata dilaksanakan
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pagi Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.
Pertikaian Laut China Selatan: Kod Tatalaku masih di peringkat awal - Mohamad
Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Malaysia beri bayangan teruskan usaha jadikan Timor Leste anggota penuh
Malaysia memberi bayangan akan meneruskan usaha untuk memastikan Timor Leste menjadi anggota penuh ASEAN.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua 11 negara di Asia Tenggara berhak mempunyai suara dalam organisasi yang menentukan hala tuju dan masa depan rantau ini.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua 11 negara di Asia Tenggara berhak mempunyai suara dalam organisasi yang menentukan hala tuju dan masa depan rantau ini.
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit genjatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak hingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.
AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin
Negara akan mengambil setiap kelebihan daripada lebih 300 pempamer yang menyertai Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) bermula 20 hingga 22 Januari ini.
Anak kedua pemain JDT, Nazmi Faiz meninggal dunia
Nazmi Faiz dalam InstaStory akaun Instagram miliknya memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.
Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Titah penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 hari ini.
“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.
Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.
Raja ilmuan berjiwa rakyat
Kesarjanaan Sultan Nazrin bukan sahaja dikagumi rakyat negara ini, malah turut disanjung masyarakat antarabangsa.
Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara hari ini.