Peranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai penghubung antara anggota pentadbiran dan penjawat awam adalah penting supaya keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata KSN merupakan institusi terpenting dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menyampaikan dengan kefahaman perkara yang diputuskan jemaah menteri supaya keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima serta diterjemahkan oleh penjawat awam.
Katanya hubungan itu perlu difahami dan dihayati kerana anggota pentadbiran perlu sedar bahawa sebaik mana dasar yang diperkenalkan, jika tidak dilaksana dengan baik oleh penjawat awam, hasilnya boleh membawa kepada kerosakan dan kemunduran.
"Di pihak penjawat awam pula, perlu ada kesedaran bahawa melaksanakan dasar dan memastikan ia tercapai dengan baik dan jaya adalah satu amanah dan jika tergelincir dari tujuan, objektif tidak tercapai dan yang akan menderita akibatnya ialah rakyat, dan rakyat ini termasuk diri kita sendiri," katanya semasa berucap pada majlis penghargaan bekas KSN Tan Sri Dr Ismail Bakar, di sini pada Rabu.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri-menteri kabinet, KSN Datuk Seri Mohd Zuki Ali serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Perdana Menteri berkata program Pemukiman Ahli-ahli Jemaah Menteri telah diadakan baru-baru ini untuk bertukar-tukar pandangan, pendirian serta jangkaan atau harapan bagaimana peranan masing-masing harus dimainkan, sama ada oleh anggota pentadbiran mahupun warga perkhidmatan awam.
"Saya percaya ia akan menjadi titik tolak ke arah kerjasama yang lebih erat dan berkesan di dalam pengurusan negara terutamanya untuk menjayakan dasar-dasar utama termasuk Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.
Menurut Dr Mahathir, sinergi antara anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam yang diterajui ketua setiausaha, ketua perkhidmatan dan ketua jabatan dapat mengukuhkan perjalanan dan masa hadapan negara.
Mengenai Ismail, Dr Mahathir berkata beliau dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan peralihan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mula memegang tampuk pemerintahan negara sejak 10 Mei 2018.
"Menguruskan perubahan adalah sesuatu yang saya kira sukar dan mencabar. Tanggungjawab ini telah diberi kepada Ismail untuk memimpin 1.6 juta penjawat awam untuk menghayati perubahan tersebut dan seterusnya bersama-sama melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan," katanya.
Ismail yang bersara wajib sebagai KSN digantikan oleh Mohd Zuki, 58, berkuat kuasa 1 Januari 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020

Dr Mahathir menyampaikan cenderahati kepada Ismail (tengah) pada majlis makan malam sempena persaraan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara, 29 Jan, 2020. Turut kelihatan, Mohd Zuki (kiri). --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).

KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.

Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.