KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.
Fahmi berkata beliau mempunyai ramai rakan dalam kalangan pengamal media terutama ketika menjadi kolumnis di The Star lama dahulu, justeru adalah sesuatu yang sedih apabila melihat rakannya serta pengamal media lain kehilangan kerja terutama ketika pandemik COVID-19 yang melanda dahulu.
"Saya rasa bertuah apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meminta saya menggalas tanggungjawab dan amanah ini yang membolehkan saya berkhidmat untuk membantu rakan-rakan saya. Tempoh pandemik (COVID-19) menampakkan suatu senario yang amat mencabar.
"Mencabar bukan sahaja dalam sektor ekonomi tetapi juga kepada tuan puan (pengamal media) semua, banyak yang hilang kerja ... kami akan cuba yang terbaik supaya wartawan di masa saya tiada yang kena diberhentikan, " katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Kinabalu Press Award 2023 di sini malam ini.
Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, serta Presiden Sabah Journalist Association (SJA) Datuk Muguntan Vanar.
Fahmi berkata dalam mendepani situasi itu libat urus bersama pengamal media sebelum pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media di Parlimen dijangka Mac tahun depan adalah penting supaya majlis itu antara lain mampu memainkan peranan menjaga kebajikan petugas media.
"Saya telah minta Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (Teo Ni Ching) mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pengamal media selepas kita selesaikan beberapa perkara. Kami inginkan undang-undang yang lebih komprehensif sebelum melangkah ke hadapan," katanya.
Fahmi berkata beberapa tahun sebelum ini, berbilion telah melayang ke media sosial terutamanya tiga nama ini, Google, Meta dan Tik Tok, maka satu keadaan menang-memang mesti dicapai terutamanya dengan media sosial dan pertubuhan media.
"Ini adalah penting supaya kita boleh memiliki media yang mampan, untuk mendapatkan media yang mampan kita perlukan libat urus dan situasi menang-menang serta satu kemenangan dalam media yang beretika baik. Saya bercakap daripada dalam hati saya, kita mahu sebuah masa hadapan yang cerah untuk dunia kewartawanan dan tidak mahu lagi ada yang kehilangan kerja," katanya.
Mengakhiri ucapannya Fahmi sempat menyampaikan serangkap pantun empat kerat dalam Bahasa Kadazandusun dan dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh hadirin seperti berikut:
Ogingo o tuva bambangan poinsom'puu
Nansak kinotu toiso om iso
Sundung potuu misuvai boos om toigitan
Montok Malaysia monunuat abal, misompuu tomoimo
Cantik bergugus buah bambangan
Masak dipetik satu persatu
Walau berlainan bahasa dan pegangan
Demi Malaysia pengamal media bersatu
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika menyampaikan ucapan sempena Kinabalu Press Award malam tadi. - Foto BERNAMA

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.

Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.

PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pengamal media perlu bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.

MPI anjur pelbagai program perkasa pengetahuan pengamal media dalam AI - Presiden
MPI. menganjurkan pelbagai program bagi memperkasakan pengetahuan pengamal media tempatan termasuk penggunaan teknologi AI.

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.