KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina dan berharap sambutan kali ini akan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
"Semoga Tahun Naga ini membawa banyak peluang dan kekayaan sepanjang perjalanan dan semoga kehidupan anda dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
"Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua rakan yang meraikannya dan saya doakan anda dan orang tersayang sentiasa sihat, bahagia, sejahtera dan panjang umur," kata Fahmi dalam Facebooknya hari ini.
Perayaan Tahun Baharu Cina bermula esok sempena sambutan Tahun Naga.
Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dalam catatan Facebooknya berharap Tahun Naga akan membawa kejayaan yang melimpah, kemakmuran dan tuah kepada semua.
"Ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada yang lama dan menerima yang baru, saya ingin menyampaikan ucapan ikhlas buat semua sempena sambutan Tahun Baharu yang meriah ini," katanya.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang pula berharap sambutan Tahun Baharu Cina akan dimeriahkan dengan suasana dan tradisi kunjung-mengunjung jiran tetangga sekali gus meningkatkan semangat kebersamaan antara rakyat.
"Semoga tahun baharu ini membuka rahmat yang lebih baik untuk negara," katanya dalam hantaran di Facebook.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam hantaran video ringkas menerusi laman X berkata sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini menonjolkan keharmonian yang wujud antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Kegembiraan, keharmonian dan kemakmuran menjadi idaman kita semua. Meskipun kita berbeza agama, budaya dan bangsa tetapi kita tetap sehati sejiwa," katanya.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina berkata sikap saling menghormati antara rakyat menjadi resipi kepada keamanan dan keharmonian negara.
"Kekuatan yang ada pada diri setiap warga Malaysia menjadikan kita sebuah negara yang mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara besar lain.
"Marilah kita bersama merayakan tradisi ini dengan menyuburkan lagi hubungan kasih sayang antara ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dengan menyambutnya dengan penuh semangat, keceriaan dan keakraban," katanya dalam hantaran Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Fahmi hari ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina dan berharap sambutan dipenuhi dengan kegembiraan. - Gambar FB Fahmi Fadzil
ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
Rumah terbuka Tahun Baharu Cina Pulau Pinang pada 30 Jan
Pejabat Ketua Menteri menjemput orang ramai menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung selama dua jam, bermula 2 petang.
Persiapan mangsa banjir rai Tahun Baharu Cina serba sederhana
Musibah itu memberi kesan cukup mendalam kerana masa dan tenaga dihabiskan untuk membersihkan rumah serta membeli kelengkapan.
Kuih bakul Nani Maslina jadi pilihan untuk perayaan Tahun Baharu Cina
Nani Maslina Sulaiman Najidi, 50, sentiasa tidak menang tangan menerima tempahan sehingga 1,200 biji kuih bakul setiap kali Tahun Baharu Cina.
Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'
Astro Shaw dan Etika mempersembahkan filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan lelaki berbangsa cina, Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike.
Kuih kapit Kamsiah jadi pilihan musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina
Kamsiah kini telah banyak menerima tempahan kuih kapit itu untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada penghujung bulan ini.
KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.
China jangka 9 bilion trip antara wilayah semasa musim puncak perayaan Tahun Baharu Cina
Angka ini diunjurkan meningkat tujuh peratus daripada musim puncak perjalanan perayaan tahun lepas dan berpotensi mencatat rekod tertinggi.