TELOK PANGLIMA GARANG: Kementerian Komunikasi dan Digital akan meminta Jabatan Penerangan (Japen) membuat kajian dan post mortem mengenai kesesuaian dan bentuk pusat media yang dibuka oleh jabatan itu sempena musim pilihan raya agar memenuhi keperluan semasa pengamal media.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata ini kerana beliau melihat realitinya golongan pengamal media lebih banyak berada di lapangan untuk mendapatkan bahan berita semasa tempoh pilihan raya.
"Hari ini saya membuat lawatan di satu daripada dua buah pusat media yang dibuka di bawah Japen iaitu di Kuala Langat (satu lagi di Sabak Bernam) yang dibuka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dan mendapati kelengkapan dan kemudahan ada disediakan," katanya kepada media, di Sijangkang dekat sini hari ini.
Namun ketika PRN ini ramai petugas media lebih banyak berada di lapangan dan saya akan minta Japen untuk kaji dan lakukan post mortem nanti untuk menyesuaikan pusat media dengan realiti tugas para pengamal media," katanya.
Katanya beliau akan meminta Japen meneliti sama ada pusat media ini seharusnya dibuka secara fizikal atau boleh beroperasi hampir keseluruhannya secara maya (virtual), selepas selesai PRN nanti.
Terdahulu, Fahmi melakukan Ziarah Kasih bersama calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Al-Hafizi Abu Bakar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang ke sebuah rumah yang dihuni oleh seorang warga emas, Molkan Zainuddin, 79, yang menghidap strok.
Katanya lawatan itu merupakan program yang diusahakan kementeriannya dalam membantu mengurangkan beban mereka yang kurang bernasib baik melalui program yang disediakan Kerajaan Persekutuan dan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini kerana beliau melihat realitinya golongan pengamal media lebih banyak berada di lapangan untuk mendapatkan bahan berita semasa tempoh pilihan raya. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.

Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.

Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.

Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi
Program Pemerkasaan OKU Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan.

KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop
Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.

Fahmi azam mahu pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media
Fahmi meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.

Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.

Pertumbuhan pesat pusat data mampu jadikan Malaysia 'Harimau Digital Asia' - Nie Ching
Malaysia berupaya menjadi "Harimau Digital Asia" berikutan pelaburan besar dan kerjasama dengan organisasi yang dihormati yang akan menjadikan negara sebagai hab data besar seterusnya.

Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara, penggerak penting ekonomi digital - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.

Beberapa syarikat permainan video antarabangsa berpotensi bertapak di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini.