KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata buat masa ini, belum ada maklum balas daripada pihak berkenaan, dan beliau sekali lagi menegaskan PKR tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan antarabangsa itu.
"Setakat ini belum ada (maklum balas) tetapi saya difahamkan mereka berpangkalan di London, jadi mungkin beza waktu, namun kita telah berhubung dan akan tunggu.
"Kita bukan ahli, kita tak pernah bayar apa-apa yuran keahlian kepada badan itu. Nama dan logo kita perlu dikeluarkan daripada laman web itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di sekitar Lembah Pantai, hari ini.
Fahmi berkata sejak beliau memegang jawatan dalam PKR pada 2013 termasuk sebagai Pengarah Komunikasi dan Ahli Biro Politik dalam Majlis Pimpinan Pusat, PKR tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai keanggotaan parti itu dalam Liberal International.
Secara lazimnya, beliau berkata apabila sesebuah badan menjadi ahli kepada mana-mana organisasi, mereka akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan sebagai syarat keanggotaan, namun PKR tidak pernah terlibat.
"Tidak boleh dinafikan pihak Liberal International pernah datang ke Malaysia dan pernah mengeluarkan sama ada ucapan tahniah atas kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), pernah mengadakan aktiviti termasuk dengan sekarang Yang Berhormat Datuk Wan Saiful Wan Jan daripada Perikatan Nasional, dalam beberapa aktiviti sebelum ini.
"Dia merupakan badan yang berdaftar, mereka bebas untuk membuat sebarang aktiviti, dan kenyataan.
"Tetapi PKR bukan sebahagian daripda Liberal International walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah hadir ke majlis atau program Liberal International atas jemputan, dan bukan sebagai ahli," katanya.
Fahmi berkata Anwar juga pernah menjelaskan berkenaan perkara itu pada tahun 2020 selepas timbulnya dakwaan yang mengaitkan PKR dengan organisasi tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Fahmi bercakap pada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali kepada masyarakat India sekitar Lembah Pantai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai hari ini. - Foto Bernama

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.