PENYAMPAI Zayan Pagi, Faizal Ismail mendedahkan bahawa dia melakukan solat sunat istikharah sebelum membuat kata putus untuk menerima tawaran ke stesen radio tersebut.
Jelas Faizal atau lebih mesra disapa FBI, keputusan untuk kembali ke stesen radio turut dibantu oleh isteri dan keluarganya.
“Pertama kali pihak Zayan datang dan tawarkan kepada saya sebagai penyampai, saya agak tertarik dengan visi dan misi Zayan yang ingin menyampaikan dakwah melalui radio.
“Namun ketika itu saya masih belum beri keputusan lagi, saya pulang ke rumah buat solat istikarah, saya minta pendapat isteri dan keluarga berkenaan tawaran itu.
“Alhamdulillah, tidak lama kemudian hati saya terbuka dan saya melihat stesen Zayan boleh membantu saya secara halus dalam menyampaikan dakwah selari dengan matlamat Zayan itu sendiri,” ujarnya kepada Gempak.
Selain FBI, Zayan Pagi yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi, turut ditemani dua lagi penyampai iaitu Mawi dan Anas.
Dalam pada itu, FBI turut menjelaskan dia menerima sebanyak lima kali tawaran yang datang daripada pelbagai stesen radio.
Bagaimanapun, hatinya terbuka untuk menerima Zayan disebabkan kandungan yang berbentuk islamik selari dengan pendirian dirinya yang ingin menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
“Saya menerima tawaran ini kerana saya lihat Zayan boleh menjadi satu platform untuk saya menyampaikan dakwah dan membantu memberi nasihat kepada orang ramai.
“Saya juga ada menerima sebanyak lima kali tawaran untuk kembali ke konti radio, namun tidak sekali pun saya tergerak hati untuk menerima tawaran tersebut.
“Namun tidak pada Zayan kerana pengisian yang disajikan membuatkan saya tertarik seperti segmen kelas tajwid, segmen kuliah dan pelbagai lagi perkongsian positif. Malah ini turut menjadi ruang yang terbaik bagi saya sampaikan dakwah,” tambahnya.
Sementara itu, peminat Zayan boleh menikmati perkongsian menarik di Zayan Pagi dengan pengisian-pengisian menarik seperti Motivasi Pagi, Takzirah Pagi, Hadith of The Day, Mahir Bahasa Arab, Kelas Tajwid, Topik Pagi Zayan dan Aura Zayan.
Peminat Zayan juga boleh strim Zayan dan mendengarkan Zayan Pagi menerusi aplikasi SYOK.
Untuk maklumat lanjut tentang personaliti Zayan yang lain dan kempen-kempen yang menarik, ikuti Zayan di platform rasmi media sosial Facebook, Instagram dan Twitter. -Gempak
Gempak
Fri Sep 02 2022

FAIZAL ISMAIL: Alhamdulillah, hati saya terbuka dan saya melihat stesen Zayan boleh membantu saya secara halus dalam menyampaikan dakwah selari dengan matlamat Zayan itu sendiri. -Gempak

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Faizal Ismail buat solat istikarah, cari petunjuk sebelum kembali ke radio
Zayan Pagi yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi, turut ditemani dua lagi penyampai iaitu Mawi dan Anas.

Riena Amirah juara Ikon Zayan HijabStar, bawa pulang RM5,000!
Ikon HijabStar boleh diterjemahkan sebagai wanita berbakat dengan personaliti yang menarik dalam mengekalkan ciri-ciri seorang wanita berhijab.

Al-Fatihah... ibu Mawi meninggal dunia
Ramlah Sarlan, Ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi, pada Rabu.

Lin Ariffin sahut battle bersama Mawi dan Anas
Tampil dengan segmen terbaharu, Awek Bola @ ZOTD, Lin yang popular dengan segmen #zotd kali ini mengajak golongan wanita ke studio untuk berbicara lanjut pasal bola sepak.

Tasha Manshahar pilihan yang tepat - Raqib Majid
Menurut Raqib, dia berkata keluarganya amat menyenangi dan gembira dengan kedatangan Tasha.

"Bukan mahu berahsia, tapi..." - Raqib bakal nikah Tasha Manshar 8 September ini
Bukan sengaja mahu meninggalkan teka-teki kepada peminat mengenai hubungan mereka, tetapi Raqib akui dia ada alasan tersendiri.

Mawi bersama Anas Tahir rakam lagu raya kisah puasa enam secara spontan
Anas memberitahu idea menghasilkan lagu berkenaan tercetus secara spontan ketika dia bersama Mawi berada di dalam konti stesen radio Zayan.

Giliran Lin Ariffin jadi mangsa buli siber, terima panggilan lucah
Penyampai radio Zayan, Lin Ariffin menjadi mangsa terbaru netizen di media sosial apabila sering diganggu individu tidak dikenali.

Astro Radio perkenal dua jenama baharu, Zayan, goXUAN
Astro Radio perkenal dua jenama radio terbaharu bagi menepati citarasa dan gaya hidup bersandarkan internet dan media sosial generasi muda masa kini.