Kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21 dari kapal tentera Australia Ocean Shield dikerahkan bermula 14 April bagi memastikan sama ada isyarat yang dikesan sebelum ini datangnya dari kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.
Bluefin-21 dilengkapi dengan pengimbas sonar pelbagai sisi.
Setiap misi yang dijalankan oleh Bluefin-21 akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk disiapkan.
Ia akan mengambil masa dua jam untuk sampai ke dasar laut, membuat kerja pencarian untuk 16 jam dan mengambil masa dua jam untuk kembali ke permukaan air dan empat jam lagi diperlukan untuk memuat turun data darinya untuk dianalisis.
Bluefin-21, semasa beroperasi di dalam 'mode' sonar, akan menghantar satu denyutan aktif yang akan menghasilkan peta dasar laut tiga dimensi beresolusi tinggi
Maklumat yang telah dianalisa oleh pasukan penyiasat setakat ini tidak menghasilkan sebarang petunjuk positif.
Astro Awani
Mon Apr 21 2014
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fakta ringkas kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21
Kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21 dari kapal tentera Australia Ocean Shield dikerahkan bermula 14 April.