PUTRAJAYA: Falsafah pendidikan dipacu matlamat antara pendekatan terbaik untuk menghasilkan siswazah berkualiti yang dicari majikan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Beliau berkata dengan pendekatan falsafah ini yang diperkenalkan Heriot-Watt University Malaysia pada 2017, staf dan pelajar universiti ini telah memulakan "journey of impact" mereka dengan menemukan dan menyuarakan matlamat hidup mereka.
"Mereka juga menggunakan masa mereka untuk melaksanakan inisiatif bagi menggerakkan matlamat mereka kepada satu impak positif kepada dunia," katanya dalam ucaptama pada Pelancaran Rasmi Kempen dan Forum Dipacu Matlamat di Heriot-Watt University Malaysia di sini hari ini.
Mustapha berkata beliau dimaklumkan dalam beberapa tahun lepas, menerusi inisiatif seperti projek pendanaan awam "EmPOWER" dan "Fit-For-Future", universiti ini telah memainkan peranan penting dalam menyediakan siswazah dengan kemahiran penting seperti pemikiran kritis, set minda keusahawanan, kecerdasan emosi dan daya ketahanan.
Pendekatan inovatif Kempen Dipacu Matlamat menyasarkan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran kalis masa depan dan hidup bermatlamat sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk ekonomi terangkum dan berkembang maju.
Kempen ini merupakan inisiatif perintis bagi menentukur semula pendidikan tinggi Malaysia dengan memupuk daya ketahanan dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran penting untuk kejayaan masa depan.
Mengulas mengenai kempen ini, Mustapha berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) amat yakin bahawa pendekatan pendidikan secara komprehensif dan holistik ini amat diperlukan dalam memupuk kumpulan bakat siswazah menjadi insan yang penting dan bernilai, melangkaui kecemerlangan akademik.
Bagi sokongan lanjut inisiatif Pendidikan Dipacu Matlamat ini, beliau berkata MOHE komited untuk memainkan peranan penting dalam memupuk sebuah ekosistem yang kondusif kepada kemajuan holistik pelajar.
"Inisiatif ini bukan hanya melengkapkan siswazah dengan pengetahuan dan kemahiran diperlukan tetapi melatih mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan masa hadapan. Saya akan mengetengahkan perkara ini (insiatif Pendidikan DIpacu Matlamat) kepada kementerian, " kata Mustapha.
Sementara itu pada sidang media, Mustapha berharap pihak Heriot-Watt University Malaysia akan berkongsi modul pelaksanaan inisiatif berkenaan dengan kementerian bagi membolehkan inisiatif itu diperkenalkan di institusi pengajian tinggi lain di negara ini.
"Saya dengar pembentangan mengenai inisiatif ini dan saya rasa ini boleh dilaksanakan di universiti lain. Ini boleh melatih mereka jadi insan yang baik.
Kita cuba ambil konsep yang dibuat Heriot-Watt University Malaysia. Kalau ada modul, kita boleh tawarkan kepada universiti lain," katanya.
Sementara itu Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif Heriot-Watt University Malaysia Professor Mushtak Al-Atabi menzahirkan minat mendalamnya untuk bekerjasama dengan MOHE bagi membantu Malaysia mencapai aspirasi pembangunannya.
"Kami gembira untuk bekerjasama dengan kementerian dan kami akan lihat bagaimana kita boleh bekerjasama. Kami amat gembira untuk berkongsi modul kami.
Bersempena dengan Majlis pelancaran itu, Heriot-Watt University Malaysia juga menganjurkan perbincangan panel dan forum interaktif yang berteraskan Pendidikan Dipacu Matlamat.
Antara anggota panel pada perbincangan dan forum interaktif itu ialah Prinsipal dan Naib Canselor Heriot-Watt University Prof Richard A. Williams; Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj; 'Human Resources Director and Country Site Leader of Experian Malaysia' Chua Chai Ping; Pengetua Sekolah Antarabangsa The Alice Smith School Sian May dan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Datuk Dr Nora Abdul Manaf.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
![Falsafah pendidikan dipacu matlamat satu pendekatan hasilkan siswazah pilihan Falsafah pendidikan dipacu matlamat satu pendekatan hasilkan siswazah pilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708781966_MustaphaSakmud.jpg)
Mustapha berkata, falsafah pendidikan dipacu matlamat antara pendekatan terbaik untuk menghasilkan siswazah berkualiti yang dicari majikan. - Bernama
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Falsafah pendidikan dipacu matlamat satu pendekatan hasilkan siswazah pilihan Falsafah pendidikan dipacu matlamat satu pendekatan hasilkan siswazah pilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708781966_MustaphaSakmud.jpg)
Falsafah pendidikan dipacu matlamat satu pendekatan hasilkan siswazah pilihan
Falsafah pendidikan dipacu matlamat antara pendekatan terbaik untuk menghasilkan siswazah berkualiti yang dicari majikan.
![Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676888268_graduanUniversitiM.jpg)
Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar
Falsafah dan peranan pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu diubah dan diperluaskan.