HANGZHOU: Atlet olahraga negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal) pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.
Pada aksi final berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong di sini hari ini, atlet berusia 36 tahun itu dibatalkan penyertaan berikutan kesalahan 'false start' atau salah mula sekali gus menggugat peluang sekurang-kurangnya meraih kedudukan podium pada penampilan terakhirnya di temasya empat tahun sekali itu.
Terdahulu, juara Sukan Paralimpik Rio 2016 itu berada di laluan enam, diapit kiri dan kanan seteru utama dari China, Deng Peicheng dan Yang Yifei.
Peicheng mengungguli saingan di tempat pertama dengan catatan 11.80 saat (s) diikuti Yifei di tempat kedua dengan 12.15s dan wakil Jepun Takeru Matsumoto yang merekodkan 12.38s mengakhiri saingan di tempat ketiga.
Keputusan dilakar atlet kelahiran Perlis yang turut dikenali sebagai Dekwan itu, sekali gus menyaksikan beliau pulang tanpa pingat selepas turut gagal mempertahankan emas acara lompat jauh T36 yang berlangsung pada Selasa lepas.
Beliau sekadar menamatkan acara lompat jauh itu di kedudukan keenam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Mohamad Ridzuan tidak dapat menahan kesedihan apabila terlepas peluang mempertahankan pingat emas dalam acara 100m lelaki T36 pada Sukan Para Asia 2022, di Hangzhou, 27 Okt 2023. --fotoBERNAMA
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Sukan Para Asia: Pencapaian kontinjen negara membanggakan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tetap berbangga dengan pencapaian keseluruhan Malaysia pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 yang melabuhkan tirainya hari ini.
Sukan Para Asia: Perak Mohd Amin lengkapi sasaran 35 pingat negara
Mohd Amin Burhanuddin memastikan sasaran 35 pingat pada Sukan Para Asia (APG) 2022 tercapai selepas menghadiahkan pingat perak.
'False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100m lelaki T36 pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan
Kini tiba giliran 113 atlet 'luar biasa' negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di sini esok.
Ridzuan dinobat Atlet Para Lelaki Terbaik Asia
Anugerah yang diterima Ridzuan itu adalah berdasarkan pencapaian cemerlangnya merangkul tiga pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Oktober lalu.
Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat
Beliau menjelaskan hubungannya dengat atlet paralimpik negara adalah rapat sejak menyandang jawatan berkenaan di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.
Jarak usia bukan halangan hasil kombinasi mantap
Menurutnya, gabungan itu membawa kepada kejayaan mereka di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.
PM ucap tahniah kejayaan atlet para pecah rekod dunia
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly di atas kejayaan mereka mencipta rekod dunia dalam acara masing-masing.