KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perancangan untuk mewujudkan semula skuad yang akan dibarisi pemain Bawah 23 Tahun (B-23) itu akan dibincangkan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memandangkan pelaksanaannya melibatkan kos tinggi.
Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 itu berkata pasukan berkenaan akan dihantar beraksi dalam saingan liga di luar negara sama seperti dilalui skuad Harimau Muda terdahulu sekiranya bersesuaian.
"FAM ingin bincang dengan menteri untuk wujudkan balik Harimau Muda A ataupun B di mana payroll under FAM. Mungkin nak hantar pasukan ini ke luar negara jika bersesuaian bermain di liga luar negara macam yang pernah dibuat dulu.
"Mungkin ada sesetengah pemain dah terikat dengan kelab dan mungkin pemain yang berminat boleh dipinjamkan kerana kemudian FAM akan pulangkan balik kepada kelab tersebut tapi dia (pemain) dapat pendedahan bermain di luar negara.
"Itu antara pilihan yang FAM mahu bincang dengan menteri. FAM lihat yang pentingnya sumber kewangan dan perbincangan dengan menteri," katanya dalam temu bual khas bersama Bernama di Wisma FAM di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Hamidin berharap program itu akhirnya akan memanfaatkan pasukan senior negara dalam misi FAM memastikan skuad Harimau Malaya kekal bersaing dalam Piala Asia selepas Malaysia menamatkan kemarau 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas.
"Piala Asia 2027 di Arab Saudi memang kena layak untuk kekal berada dalam kelompok 24 pasukan terbaik di Asia," katanya.
Menurut Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), idea mengembalikan Harimau Muda merupakan antara inisiatif FAM dalam satu program peringkat bawah umur yang sedang dirangka bagi menghadapi temasya sukan dan kejohanan penting akan datang.
Hamidin berkata antara yang menjadi tumpuan FAM adalah Sukan Olimpik 2028; Piala Dunia Bawah 17 Tahun dan Bawah 20 Tahun; Sukan Asia 2026 dan Sukan SEA 2025 dan 2027.
Harimau Muda yang ditubuhkan pada 2007 menunjukkan impak positif hanya dalam tempoh singkat apabila skuad yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya menjuarai Liga Perdana musim 2009.
Kewujudan skuad itu turut dianggap menjadi pemangkin kebangkitan pasukan kebangsaan selepas kejayaan Malaysia merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 dan 2011 serta menjuarai kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2010.
Skuad Harimau Muda yang dibarisi pemain rata-rata berumur 20 hingga 22 tahun dipecahkan kepada dua pasukan Harimau Muda A dan Harimau Muda B pada 2009 sebelum skuad ketiga iaitu Harimau Muda C bagi pemain Bawah 19 Tahun (B-19) ditubuhkan beberapa tahun berselang.
Sepanjang penubuhan Harimau Muda, skuad itu turut pernah beraksi dalam saingan Liga Super, S League (Singapura), Liga Divisyen Pertama Slovakia, Liga Queensland yang merupakan sebahagian daripada liga utama Australia dan Liga FAM.
Pada November 2015, FAM mengambil keputusan membubarkan program Harimau Muda bertujuan mengembalikan tanggungjawab membangunkan pemain belia kepada kelab.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
![FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691401905_HamidinMohdAmin.jpg)
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perancangan untuk mewujudkan semula skuad yang akan dibarisi pemain Bawah 23 Tahun itu akan dibincangkan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. - Gambar fail/BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738927587_MahkamahKangarGag.jpg)
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
![23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025 23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738560328_pengadilfifa.jpg)
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
![FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638048225_Sivasundaram.jpg)
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
![Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738202053_tbTMJBolasepakFA.jpg)
Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.
![Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya? Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738130228_FerdyDruijf.jpg)
Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?
Nama Ferdy Druijf menjadi bualan hangat dengan pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan pemain dari Belanda yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.
![Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski? Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738026691_hairudinomar.jpg)
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
![FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya tunggu kelulusan, empat lagi 'on the way' FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya tunggu kelulusan, empat lagi 'on the way'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737773126_HarimauMalaya.jpg)
FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya tunggu kelulusan, empat lagi 'on the way'
Malah, FAM turut mengesahkan mereka turut dalam proses bagi melengkapkan pendokumentasian bagi empat pemain lain.
![Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737667941_TBjoehari.jpg)
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
![Jersi baharu Harimau Malaya dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan Jersi baharu Harimau Malaya dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737628837_TBPUMAFAM.jpg)
Jersi baharu Harimau Malaya dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan
Jersi rasmi utama dan 'away' Harimau Malaya, seperti kebiasaan, direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam, melambangkan kebanggaan dan daya tahan.
![Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737111232_TBFAM.jpg)
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.