PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyambut baik dan menghargai perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM Mohd Firdaus Mohamed berkata satu penilaian sewajarnya akan dilakukan sekiranya padang berkenaan sesuai digunakan pada aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan pada 11 Jun ini.
Ia berikutan beliau difahamkan padang keramat Harimau Malaya itu bakal dijadikan venue bagi satu konsert dalam masa terdekat.
"Kita memang berlapang dada dan bersyukur dengan padang pemberian Tunku Ismail. Pada saya perlawanan menentang Taiwan itu mustahak, jadi mungkin teknologi baharu diperkenalkan dan dihadiahkan Tunku Ismail dapat membantu (bagaimanapun) kita akan buat lawatan dan tiada kompromi.
"Kalau padang boleh digunakan (baru) guna sebab pemain adalah keutamaan kami. Kita tidak mahu pemain cedera kerana ini adalah periuk nasi mereka, jadi FAM mesti mengambil tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Firdaus berkata demikian selepas majlis pelancaran bola rasmi untuk kejohanan kendalian FAM di Wisma FAM di sini hari ini.
Ditanya sekiranya terdapat venue pilihan berada dalam pertimbangan badan induk itu, Mohd Firdaus berkata Stadium Sultan Ibrahim di Johor atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu berada dalam senarai pertimbangan.
"Sebelum ini pun kita pernah gunakan dua stadium itu jadi pada saya tidak ada masalah. Saya lebih pentingkan kemenangan kalau kita boleh menang Kyrgyzstan (di Bishkek pada 6 Jun), perlawanan Taiwan itu jadi penentu," katanya.
Mohd Firdaus yakin anak buah Kim Pan Gon merupakan pemain terbaik namun faktor padang mungkin menjadi satu daripada punca aksi kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers semalam, Tunku Ismail menyumbangkan rumput jenis hibrid bagi menggantikan rumput Zeon Zoysia untuk kegunaan padang SNBJ.
Inisiatif itu dititahkan oleh baginda selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John hari ini.
Ini merupakan kali kedua Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), membantu Stadium Nasional selepas menghadiahkan rumput Zeon Zoysia yang ditanam awal tahun lepas menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Kualiti rumput di 'rumah' Harimau Malaya itu kerap menjadi topik hangat kerana beberapa kali berada pada tahap tidak memuaskan selepas penganjuran konsert, terutama sebelum aksi final Piala Malaysia 2023 dan beberapa perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan.
Masalah yang berlarutan itu menyaksikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas melibatkan persediaan konsert di padang SNBJ sehingga kondisi rumput mencapai tahap baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024

Mohd Firdaus berkata satu penilaian sewajarnya akan dilakukan sekiranya padang berkenaan sesuai digunakan pada aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan pada 11 Jun ini. - Gambar Bernama
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.