Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi amaran kepada peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara menipu kualiti buah-buahan bermusim yang dijual.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata para peniaga yang melakukan kesalahan berkenaan tertakluk di bawah Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) 2008 serta bukan sahaja boleh disaman tetapi berdepan tindakan mahkamah.
"FAMA memandang serius sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menipu pembeli dalam penjualan buah-buahan yang bermusim terutamanya mempelam harumanis.
"Jangan disebabkan buah-buahan itu mendapat permintaan tinggi kerana ada pada musim tertentu sahaja membuatkan peniaga sanggup menjual buah yang tidak berkualiti, yang belum matang, rosak dan sebagainya," katanya.
Ahmad bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kontrak Pemasaran Mangga, Rock Melon dan Buah-buahan Bermusim antara wakil pengusaha buah-buahan berkenaan dengan FAMA di Kampung Padang Asam, Chuping di sini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad.
Sehubungan itu katanya, FAMA melancarkan operasi pemeriksaan secara menyeluruh melibatkan gerai-gerai dan di pasar raya-pasar raya yang ada menjual buah-buahan berkenaan bagi mengekang sebarang penipuan dan kesalahan dalam penjualan.
Sementara itu, Ahmad Bakri berkata nilai jualan mempelam harumanis Perlis tahun ini dianggarkan mencecah RM55 juta dengan pengeluaran buah sebanyak 2,150 tan metrik.
Katanya, anggaran tersebut berdasar kepada harga lantai RM26 sekilogram tetapi ada pemilik dusun yang menjual mempelam harumanis mereka hingga RM30 ke RM42 sekilogram.
"Nilai jualan tersebut jauh melebihi nilai jualan tahun lepas yang hanya berjumlah RM17 juta, dengan pengeluaran sebanyak 780 tan metrik sahaja.
"Setakat ini terdapat seluas 1,037 hektar kawasan ditanam harumanis di Perlis melibatkan lebih 1,000 pengusaha di bawah pengendalian Jabatan Pertanian negeri dan pengusaha perseorangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
FAMA memandang serius sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menipu pembeli dalam penjualan buah-buahan yang bermusim. - Gambar hiasan/Bernama
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.
Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar
Ladang berkeluasan 2.4 hektar itu kini mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.
5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri
Kesihatan yang terjaga selama sebulan berpuasa, tidak wajar digadaikan begitu sahaja.
Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ...
Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai?
Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan
Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.
Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.
MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti
Antara produk klon berkualiti yang akan dikomersialkan termasuk Rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, Belimbing Bintang Emas dan Durian MDUR 88.
FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan
Pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam usaha untuk menjimatkan pengaliran wang ke luar negara yang meningkat setiap tahun.
Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas
Gaya hidup sihat perlu dimulakan lebih awal memandangkan kadar metabolisme akan mula menurun seawal usia 30-an.
Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?
Warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.