SHAH ALAM: FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya.
Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd Chia Lik Khai berkata usaha berkenaan dilaksanakan sejak Mac lepas dalam memastikan pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was di premis mereka.
"Minuman alkohol adalah penyumbang kecil dalam perniagaan kami setakat ini. Jadi, kami menjangkakan kesannya adalah amat minimum dan kami menumpukan perbelanjaan kepada makanan dan minuman untuk menampung jualan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengumuman produk FamilyMart Malaysia iaitu FamiCafe di Menara U, di sini yang mendapat pensijilan halal pertama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menjadikan kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia menerima pengiktirafan itu.
Chia berkata konsep yang disahkan halal ini menyajikan minuman dan makanan yang sedia untuk dimakan termasuk oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.
Katanya sehingga kini terdapat 16 FamiCafe di Malaysia, dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafe menjelang akhir tahun ini selain menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafe menjelang 2025.
Selari dengan usaha berterusan dalam memastikan para pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was, Chia berkata FamilyMart akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan Jakim dan prosesnya telah bermula di dua kedai lain yang terletak di sekitar Lembah Klang.
Selain itu katanya pusat penyediaan makanan FamilyMart Malaysia yang dikendalikan oleh QL Kitchen telah diiktiraf halal oleh Jakim sejak 2019 dan setakat 30 April lepas, 172 produk makanan jenama FamilyMart didaftarkan halal di portal halal rasmi Jakim.
Dalam pada Chia berkata, FamilyMart kini sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk memenuhi permintaan pelanggan di pantai timur Semenanjung dan menyasarkan 20 cawangan akan dibuka menjelang akhir 2023 di kawasan itu dengan beberapa cawangan sudah dibuka di Kuantan, Pahang.
Dalam pada itu, bagi berterusan menambah keselesaan pelanggan, FamiCafe FamilyMart di Menara U kini mempunyai kios layan diri yang membolehkan pelanggan memesan produk menggunakan servis e-dompet atau kad kredit kegemaran masing-masing dengan kios layan diri akan diperkenal di FamiCafe yang lain secara beransur-ansur.
QL Maxincome Sdn Bhd merupakan pemegang francais kafe kedai serbaneka FamilyMart Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya.
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
FamilyMart Malaysia henti jual minuman alkohol di 360 kedainya sejak Mac
FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya.
Kilang FamilyMart Malaysia siap menjelang suku pertama 2022
Kilang baharu FamilyMart Malaysia dengan jumlah pelaburan kira-kira RM100 juta akan siap menjelang suku pertama 2022.