AKTOR terkenal, Datuk Farid Kamil menafikan desas-desus kononnya rumah tangganya dengan Datin Diana Danielle berantakan.
Menurut pelakon Anak Halal dan J Revolusi itu, dakwaan yang disebarkan pihak-pihak tertentu tidak masuk akal kerana hubungan mereka suami isteri sangat harmoni.
Bahkan, Farid, 39, berkata, Diana merupakan tulang belakang kekuatan dalam kehidupan peribadi serta kerjayanya yang sering sentiasa berada di sini sekalipun ketika beliau ditimpa musibah berkali-kali.
"Sebenarnya tiada apa yang berlaku, ia tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Diana sangat menyokong saya dari awal kenal, berkahwin sampai saya ditimpa malapetaka. Dia masih bersama dengan saya.
"Sesungguhnya dia dan anak-anak menjadi kekuatan saya untuk menghadapi masa-masa mendatang.
"Sukar untuk saya terjemahkan betapa beruntungnya saya memiliki Diana," katanya kepada Gempak.
Farid yang ditemui pada majlis pelancaran Sifu International Enduro Championship 2020 dan treler Remp-it 2 di Route 77 Harley Davidson Kuala Lumpur baru-baru ini melihat situasi yang dilaluinya daripada sudut positif.
BACA: 'Hubungan saya, Diana dan anak-anak baik sahaja' - Farid Kamil
BACA: Farid Kamil khatam Quran dan solat Tahajjud dalam penjara
"Saya mengaku hukuman dilalui menerbitkan perasaan sedih, terkilan dan rasa ‘terbang’ jauh.
"Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya.
"Saya kena lalui detik mencemaskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," tambahnya.
Hasil perkahwinan dengan Diana, Farid dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad, 7 dan Aurora, 5..
Pada 15 Mei tahun lalu, Farid dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).
Selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 35 hari, anak seni kelahiran Alor Setar, Kedah itudibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai.
Farid bagaimanapun perlu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.
Gempak
Fri Feb 07 2020
![Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581040813_farid-dd-header.jpg)
Farid Kamil berkata, rumah tanggannya dengan Diana sangat harmoni, tidak seperti yang digembar-gemburkan.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![X perkenal penjana imej generasi baharu pada Grok, hasil gambar lebih realistik X perkenal penjana imej generasi baharu pada Grok, hasil gambar lebih realistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705727238_TBAmanz.jpg)
X perkenal penjana imej generasi baharu pada Grok, hasil gambar lebih realistik
Model baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia.
![Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581040813_farid-dd-header.jpg)
Farid Kamil nafi rumah tangga berantakan
Jangan cepat reka cerita yang bukan-bukan, hubungan Farid dan Diana sangat harmoni.
![Pemburuan fenomena Aurora, apa yang anda perlu tahu? Pemburuan fenomena Aurora, apa yang anda perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51567607414_TheAuroraBorealis.jpg)
Pemburuan fenomena Aurora, apa yang anda perlu tahu?
Walaupun Aurora dapat dilihat selama lapan bulan dalam setahun, ia tetap satu fenomena alam yang sukar difahami.
![Lima maut di Illinois insiden tembak menembak di kawasan kilang Lima maut di Illinois insiden tembak menembak di kawasan kilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550290909_Shooting.jpg)
Lima maut di Illinois insiden tembak menembak di kawasan kilang
Dalam kejadian sama, lima anggota polis dilaporkan cedera namun kini dalam keadaan stabil.
![Kereta kami tak bergerak pun bodoh - Kerana pangku anak, Diana Danielle berbalah dengan netizen Kereta kami tak bergerak pun bodoh - Kerana pangku anak, Diana Danielle berbalah dengan netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71514448023_diana-tarik-header.jpg)
"Kereta kami tak bergerak pun bodoh" - Kerana pangku anak, Diana Danielle berbalah dengan netizen
Pelakon Diana Danielle hilang sabar dengan tindakan netizen yang membuat provokasi di Instagramnya semalam.
![Najwa Mahiaddin 'berteka-teki' di media sosial Najwa Mahiaddin 'berteka-teki' di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81438872907_NAJWA.jpg)
Najwa Mahiaddin 'berteka-teki' di media sosial
PENYANYI Najwa Mahiaddin dalam twit terbarunya bagai memberi gambaran bakal keluar dengan buah tangan baru buat peminat.
![Ketepikan prejudis, kita semua manusia, pesan Najwa dalam 'Sama Saja' Ketepikan prejudis, kita semua manusia, pesan Najwa dalam 'Sama Saja'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449135084_NajwaMahiaddin.jpg)
Ketepikan prejudis, kita semua manusia, pesan Najwa dalam 'Sama Saja'
Najwa Mahiaddin melancarkan single dan video muzik terbaru, Sama Saja, yang menjadi lagu tema filem pendek Sama Saja.