LUMUT: Pantai Tanjung Kepah di Batu 9, Lekir, dekat sini, memang sangat popular dengan hasil laut seperti kerang dan pelbagai jenis siput.
Tidak hairanlah jika setiap kali musimnya, suasana pantai tersebut umpama pesta apabila orang ramai mengutip makanan laut itu seawal jam 7 pagi semasa air laut surut.
Bagaimanapun, suasana tiba-tiba berubah sejak COVID-19 melanda, apabila pergerakan orang ramai mula dibatasi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun apabila kerajaan mengisytiharkan Perak memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), pantai Tanjung Kepah kembali meriah.
Tinjauan Astro AWANI pada Isnin mendapati, orang ramai mula berkampung di pantai itu hingga ada yang mampu mengutip sehingga 50 kilogram kerang dan hasil laut lain seperti siput, remis, kepah dan kijing, yang menjadi sumber rezeki tambahan penduduk.
Biarpun pengunjung datang bertali arus bersama baldi dan sekop kecil, mereka tetap tidak mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Seorang penduduk kampung, Ahmad Zaidi Hashim, 45, berkata, musim kerang biasanya berlangsung sepanjang Ogos hingga Disember dan sejak dahulu lagi, pantai Tanjung Kepah menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari negeri lain seperti Kedah dan Selangor.
"Selalunya orang akan mula turun ke pantai mulai jam 7 pagi sebab ketika itu air surut sehinggalah jam 1 tengah hari, mereka beredar kerana air laut akan pasang.
"Cuti hujung minggu paling meriah kerana ramai yang datang bawa keluarga, sambil mencari hasil laut, anak-anak juga boleh mandi dan bersantai di sini, sudah jadi seperti percutian keluarga," katanya.
Seorang pengunjung, Nor Anissah Sabari, 47, dari Kampung Tanjung Sari, Teluk Intan berkata, kali terakhir mereka sekeluarga ke pantai berkenaan adalah pada Mac lalu.
Bagi mengelak orang ramai, dia lebih suka memilih berkunjung pada hari biasa bekerja dan datang seawal jam 7 pagi.
"Sejak dahulu lagi kami sekeluarga memang suka mencari kerang di sini kerana hasilnya banyak.
"Tidak sampai empat jam, kami dapat hampir lapan kilogram hasil kerang dan ada juga hasil lait lain seperti remis dan siput," ujarnya.
Katanya, hasil laut yang segar memberikan rasa lebih enak dan boleh dimasak dengan pelbagai cara, paling digemari adalah dengan merebus atau bakar dan dicicah bersama air asam atau sos.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Sep 07 2021
![Fasa 2 PPN: Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang, siput Fasa 2 PPN: Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang, siput](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630984295_TanjungKepah.jpg)
Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang dan siput. - Astro AWANI
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
![Bakteria pada sampel kerang terdampar di Pantai Sura melebihi piawaian Bakteria pada sampel kerang terdampar di Pantai Sura melebihi piawaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737085954_kerangbakteriaec.jpg)
Bakteria pada sampel kerang terdampar di Pantai Sura melebihi piawaian
Hasil analisis terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura di Dungun menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan.
!['Elak makan kerang terdampar di pesisir Pantai Sura' 'Elak makan kerang terdampar di pesisir Pantai Sura'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659159875_kerang.jpg)
'Elak makan kerang terdampar di pesisir Pantai Sura'
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengambil sampel kerang untuk dianalisis di makmal bagi memastikan tiada biotoksin berbahaya.
![Melaka promosi semula kupang, kerang tingkat keyakinan orang ramai Melaka promosi semula kupang, kerang tingkat keyakinan orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727600031_MuhamadAkmalSaleh.jpg)
Melaka promosi semula kupang, kerang tingkat keyakinan orang ramai
Kerajaan Melaka menerusi Jabatan Perikanan negeri giat mempromosikan kupang dan kerang dalam usaha mengembalikan keyakinan orang ramai bahawa hasil akuakultur itu kini selamat dimakan.
![Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676783315_TBAIRSURUT.jpg)
Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan
Langkah itu susulan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sepanggar.
![Nelayan lemas terjatuh dari sampan ketika cari kerang Nelayan lemas terjatuh dari sampan ketika cari kerang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634654668_NelayanlemasdiPer.jpg)
Nelayan lemas terjatuh dari sampan ketika cari kerang
Seorang nelayan yang dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis, malam ini.
![Fasa 2 PPN: Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang, siput Fasa 2 PPN: Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang, siput](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630984295_TanjungKepah.jpg)
Fasa 2 PPN: Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang, siput
Biarpun pengunjung datang bertali arus bersama baldi dan sekop kecil, mereka tetap tidak mengabaikan pematuhan SOP.
![Kerang mati dan busuk, penternak dakwa kerugian RM700,000 Kerang mati dan busuk, penternak dakwa kerugian RM700,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616412591_kerangbusuk.jpg)
Kerang mati dan busuk, penternak dakwa kerugian RM700,000
Pencemaran selut dilaporkan berlaku dikawasan ternakan seluas 28.33 hektar selepas projek mendalamkan sungai di kawasan berkenaan dijalankan.
![Ikan, kerang dari perairan Johor selamat dimakan - Jabatan Perikanan Negeri Ikan, kerang dari perairan Johor selamat dimakan - Jabatan Perikanan Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/51527430025_kerang.jpg)
Ikan, kerang dari perairan Johor selamat dimakan - Jabatan Perikanan Negeri
Ramai keliru dengan notis yang dikeluarkan pihaknya berhubung kemunculan Ledakan Alga Berbahaya (HAB) di perairan Selat Tebrau.
![Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599193490_TBLedakanAlga.jpg)
Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor
Menurut Pengarah Perikanan negeri Johor Noraishah Hashim, HAB tidak berlaku di keseluruhan perairan Negeri Johor.
![Melaka bakal perkenal 'kupang manis' Melaka bakal perkenal 'kupang manis'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557640131_Kupang.jpg)
Melaka bakal perkenal 'kupang manis'
Tunggu kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum projek dimulakan di perairan Pernu.