KOTA BHARU: Pasukan pemantau daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meskipun Kelantan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata ini adalah antara langkah yang boleh dilakukan dalam mengekang penularan COVID-19 di negeri ini.
"Mulai esok juga kemungkinan akan ada majlis-majlis kenduri dijalankan oleh masyarakat di negeri ini tetapi mereka disarankan supaya tetap menjaga SOP.
"Namun, tahap pematuhan SOP Fasa Empat adalah sama seperti negeri-negeri lain yang berada pada fasa tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Bharu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Ab Rahim Daud yang bersara wajib menyerahkan jawatan kepada pemangkunya, Supt Mohd Suhaimi Ali.
Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai banjir di Kelantan, Shafien berkata setakat ini hanya empat kematian akibat banjir direkodkan di negeri ini.
"Kes kematian yang berlaku bukannya kerana 'suka-suka' bermain air tetapi disebabkan kemalangan selepas tergelincir ke dalam air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata ini adalah antara langkah yang boleh dilakukan dalam mengekang penularan COVID-19 di negeri ini. - Gambar fail
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis
Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.
Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas
Polis menahan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Pasir Mas, semalam.
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.