KUALA TERENGGANU: Aktiviti solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau di Terengganu dibenarkan dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal dengan dirapatkan saf, susulan negara bakal memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke atas turut dibenarkan hadir ke masjid dan surau, dengan syarat kehadiran bersama ibu bapa.
"Jawatankuasa masjid dan surau digalakkan menetapkan satu kawalan khas bersesuaian bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shaikh Harun berkata semua aktiviti harian pengajaran agama seperti kuliah Maghrib, kuliah Dhuha, tadarus al-Quran, kuliah muslimah dan lain-lain aktiviti di masjid serta surau turut dibenarkan dengan kehadiran jemaah berkapasiti biasa.
Namun, beliau berkata kuliah atau ceramah agama perdana di masjid dan surau dengan kehadiran jemaah dalam kapasiti besar perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
"Selain itu, aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan jamuan makan selepas aktiviti pengajaran agama dan kemasyarakatan adalah dibenarkan," katanya.
Katanya, fasa peralihan ke endemik turut menyaksikan majlis akad nikah di masjid, surau dan premis persendirian dibenarkan tanpa had kapasiti.
Dalam pada itu, Shaikh Harun berkata semua masjid dan surau di negeri ini dibenarkan melaksanakan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan, termasuk solat Tarawih, majlis berbuka puasa, moreh, bacaan al-Quran secara berjemaah dan qiamullail manakala solat sunat Aidilfitri dibenarkan tanpa penjarakan fizikal dengan dirapatkan saf.
"Kehadiran jemaah bagi aktiviti bulan Ramadan dan solat sunat Hari Raya di masjid dan surau dibenarkan kepada jemaah lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke atas," katanya.
Katanya, umat Islam di negeri ini turut dibenarkan menziarahi tanah perkuburan dan solat jenazah boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal dengan dirapatkan saf.
Bagaimanapun, katanya semua pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 termasuk jemaah diwajibkan memakai pelitup muka, mendaftarkan kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau ditulis dalam buku disediakan pihak jawatankuasa.
Jemaah yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Kuliah atau ceramah agama perdana di masjid dan surau dengan kehadiran jemaah dalam kapasiti besar perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).- Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
'Satu, Dua, Tiga JOM!', Malaysia Airlines tampil dengan video keselamatan baharu bertemakan muzikal
Video berjudul 'Satu Dua Tiga, Jom' yang diarahkan Puan Seri Tiara Jacquelina itu menampilkan video keselamatan bertemakan muzikal.
Pemakaian pelitup muka mungkin dilonggarkan seawal Jun ini - Pakar
Jangkaan tersebut bersandarkan kepada indikator terhadap risiko penularan jangkitan COVID-19 semasa dalam negara.
Teruskan pemakaian pelitup muka dalam fasa peralihan ke endemik - Dr Noor Hisham
Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi.
Melaka benar jemaah rapatkan saf ikut saiz sejadah bermula 1 April
Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras dengan fasa peralihan endemik COVID-19 di seluruh negara.
Fasa peralihan endemik: Solat jemaah di surau, masjid di Terengganu dibenarkan tanpa penjarakan fizikal
Kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke atas turut dibenarkan hadir ke masjid dan surau, dengan syarat kehadiran bersama ibu bapa.
Fasa peralihan endemik: Kelab malam kekal tidak dibenarkan beroperasi - Khairy
Kita telah pertimbangkan dengan segala risiko dan kelab malam merupakan premis yang berisiko tinggi sekalipun dalam fasa peralihan ke endemik
KKM akan terus pantau ancaman varian baharu ketika fasa peralihan endemik - Khairy
Keputusan untuk Malaysia beralih kepada fasa endemik boleh diteruskan setakat ini berdasarkan kepada keadaan dan keperluan semasa.
Semua sektor perlu buat persiapan awal menjelang fasa peralihan ke endemik - Muhyiddin
Semua sektor yang terlibat dengan fasa peralihan ke endemik, khususnya ekonomi dan pelancongan, dinasihatkan agar membuat persiapan awal sebelum negara memasuki fasa itu pada 1 April ini.