KUALA LUMPUR:Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40, setakat ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi KITA PRIHATIN.
"Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-29 yang dikeluarkan hari ini.
Bagi Geran Khas PRIHATIN (GKP) pula, Tengku Zafrul berkata mereka yang telah membuat permohonan sehingga tarikh tutup 31 Oktober, boleh menyemak status permohonan bermula 27 November manakala pembayaran dijangka bermula pada 30 November.
"Dijangka bahawa 200,000 PKS Mikro layak bakal menerima bantuan one-off (sekali) berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan RM600 juta," katanya.
Mengenai Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang bermula sejak Oktober 2020, beliau berkata setakat 6 November, sebanyak RM122.19 juta telah dibelanjakan bagi membantu 24,762 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 203,654 pekerja.
Sementara itu, Tengku Zafrul menegaskan kerajaan terus komited untuk memulih dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi demi memperkukuh daya tahan negara dalam mendepani sebarang bentuk krisis.
Menurutnya, kerajaan telah menggariskan tiga matlamat utama di bawah Belanjawan 2021 iaitu untuk menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
"Kesemua inisiatif dan program yang telah diumumkan menerusi Belanjawan 2021 dijangka dapat menambah 4 mata peratusan kepada KDNK negara pada tahun hadapan, dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Ini merupakan kesinambungan daripada pakej rangsangan ekonomi iaitu PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang telah menyumbang antara 3.7 - 4 mata peratusan kepada KDNK negara tahun ini," kata Tengku Zafrul.
Dalam laporan itu, beliau juga berkata mungkin ada wujud tanggapan salah atau persoalan mengenai pelaksanaan moratorium tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bank Negara Malaysia.
Ini termasuk persoalan mengenai bantuan kewangan, bantuan pembayaran semula bersasar, dokumentasi bagi bank-bank, proses permohonan, kadar faedah dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi KITA PRIHATIN. - Bernama
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.