MIRI: Fasiliti awam untuk kemudahan pelancongan di Taman Negara Niah akan dibangunkan mengikut spesifikasi pelan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan dijangka siap pada tahun 2024.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, bagi memenuhi kriteria Tapak Warisan Dunia UNESCO, naik taraf serta pembangunan struktur baharu perlu dibuat tanpa mengakibatkan kerosakan kekal pada ekosistem taman negara berkenaan.
Jelasnya, projek tersebut merangkumi pembinaan beberapa projek infrastruktur laluan baharu yang akan menghubungkan Ibu Pejabat Taman Negara Niah sehingga ke permukaan pintu Gua Niah dilengkapi dengan kemudahan kenderaan ‘buggy’.
“Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan untuk membina laluan baru dan Premier Sarawak turut mencadangkan untuk menyediakan kemudahan pengangkutan kenderaan ‘buggy’ untuk kegunaan pelancong khususnya golongan warga emas.
“Selain laluan baru, fasiliti lain juga kan dibangunkan untuk mengangkat taraf Taman Negara Niah lebih tinggi selaras dengan pengiktirafannya sebagai Tapak Warisan UNESCO dan kita tidak mahu kontraktor yang terlibat mengabaikan peranannya dalam memastikan proses pembinaan tidak menganggu ekosistem kawasan berkenaan termasuk jaringan Gua Niah,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Bagi Pencalonan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia di Hotel Pullman Miri di sini pada Isnin.
Tambah Abdul Karim, pengabaian kepada pemuliharaan ekosistem semulajadi taman negara berkenaan akan mengakibatkan pengiktirafan yang dianugerahkan oleh pihak UNESCO ditarik semula yang juga terpakai untuk kawasan lain termasuk Taman Negara Mulu.
Justeru beliau menggesa agar komuniti setempat terutama yang menetap di dalam kawasan taman negara berkenaan untuk turut memainkan peranan dalam memastikan usaha pemuliharaan dapat dilaksanakan dengan baik di samping menjalankan aktiviti industri pelancongan secara bertanggungjawab.
“Kalau di dalam kawasan Gua Niah itu adalah tempat penduduk setempat mencari sumber pendapatan seperti mengambil sarang burung untuk dijual kita mungkin tidak membenarkan sebarang aktiviti seperti itu dijalankan atau boleh mengawalnya seperti sistem tagang untuk memastikan kelestarian ekosistem semulajadi itu terjamin.
“Apabila masyarakat sudah mula memahami fokus kerajaan ini maka ia akan membuka peluang ekonomi yang lebih baik dan bertanggungjawab dapat dilaksanakan penduduk antaranya rumah inap desa, aktiviti kebudayaan, mengumpul hasil guano, dan menjual barangan kraftangan kepada pelancong asing dan tempatan,” ujarnya lanjut.
Taman Negara Niah yang terletak sekitar 90 kilometer (km) atau sejam setengah perjalanan daripada bandaraya Miri dilengkapi dengan beberapa fasiliti seperti bot, tapak perkhemahan, chalet serta laluan pejalan kaki konkrit dan jambatan kayu sepanjang 4.1 km.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Sep 05 2022

Jelas Abdul Karim sekiranya Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, aktiviti mengambil sarang burung akan dikawal atau tidak lagi dibenarkan bagi memastikan kelestarian ekosistem semulajadi terjamin. - Astro AWANI

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.

Sarawak perlu lahirkan lebih ramai pakar arkeologi tempatan
Sarawak perlu mengorak langkah ke arah melahirkan lebih ramai pakar arkeologi tempatan selari dengan usahanya mempromosikan sektor pelancongan geowarisan di peringkat antarabangsa.

Fasiliti Taman Negara Niah dibangun ikut kriteria UNESCO, syarat utama diiktiraf Tapak Warisan Dunia
Bagi memenuhi kriteria Tapak Warisan Dunia UNESCO, naik taraf serta pembangunan struktur baharu perlu dibuat tanpa mengakibatkan kerosakan kekal pada ekosistem taman negara berkenaan.

Iktiraf Taman Negara Niah Tapak Warisan UNESCO, julang Sarawak sebagai lokasi geowarisan dunia
Sekiranya pengiktirafan itu berjaya dilaksanakan, Taman Negara Niah akan menerima peruntukan khas daripada organisasi global bagi menyokong program pemuliharaan tertentu di tapak warisan berkenaan.