Kehidupan Fatimah Eral dengan pendapatan RM40 sehari hasil membuat kuih dan nasi kuning yang bagaikan kais pagi makan pagi menjadi kekangan untuknya mengumpul wang bagi merealisasikan impian menunaikan haji.
Ibu kepada tiga anak dari Semporna, Sabah itu yang ditinggalkan suami sejak 10 tahun lepas terpaksa menolak tawaran Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun lepas dan tahun ini akibat kekangan kewangan.
Namun, Fatimah, 62, tidak menyangka lawatan petugas TH ke rumahnya April lepas membawa sinar untuknya apabila selepas itu beliau dimaklumkan terpilih untuk program Tabung Warga Tua (TWT) yang mana perbelanjaan mengerjakan haji dibiayai tabung itu.
"Saya tidak percaya tiba-tiba dapat tawaran naik haji, saya menangis bersyukur, tetapi saya bertanya juga (pada diri sendiri) betul-betul ke dipanggil (menunaikan haji) kerana saya pun tidak berduit (untuk menunaikan haji).
"Duit saya di Tabung Haji ada RM1,300 itu saja, lain daripada itu saya tidak tahu apa-apa saya tidak sangka, hanya Tuhan tahu siang malam saya menangis sahaja, betulkah saya dipilih," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah di Abraj Janadriyah di sini hari ini.
Fatimah berkata selain bantuan daripada TH, beliau tidak memperoleh apa-apa bantuan lain selain wang pemberian keluarga serta jiran-jirannya berjumlah kira-kira RM350 sebagai bekalan dan perbelanjaan di Tanah Suci.
"Saya tiada belanja apa-apa sangat di sini, tidak membeli-belah, makan minum semua ada Tabung Haji sediakan. Terima kasih banyak-banyak Tabung Haji bawa saya ke sini, ramai orang tidak tahu hidup saya bagaimana tetapi Tuhan sentiasa tahu kerana itu, saya amat bersyukur," katanya.
Ditanya tentang keluarga yang terpaksa ditinggalkannya di Semporna untuk menyambut seruan sebagai duyufurrahman atau tetamu Allah, Fatimah dengan sebak memberitahu beliau risau dengan keadaan anak bongsunya berusia 13 tahun namun sentiasa berdoa agar mereka sentiasa dilindungi Allah.
Sementara itu, Pengarah TH Sabah Datin Norlaila Said dalam sidang media sama berkata Fatimah merupakan antara 50 jemaah haji yang dipilih untuk program TWT tahun ini yang merupakan salah satu program khidmat masyarakat TH membantu golongan memerlukan mengerjakan haji.
"Bantuan ini ikut baki simpanan (di TH) bakal haji itu, contohnya ada RM1,000. Progam ini cukupkan kewangan (bayaran haji) RM9,980 jemaah haji itu," katanya.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019

Fatimah (kiri) bersama Norlaila pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah di Abraj Janadriyah, Makkah, 2 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Fatimah jadi duyufurrahman di sebalik pelbagai kekangan
Fatimah tidak menyangka lawatan petugas TH ke rumahnya April lepas membawa sinar untuknya apabila selepas itu beliau dimaklumkan terpilih untuk program Tabung Warga Tua (TWT).

'Rasa sayang itu sudah hilang apabila ayah buat begini'
Empat beranak di Ulu Tiram, Johor terpaksa tinggal menumpang di sebuah klinik swasta setelah ditinggalkan ketua keluarga mereka.