Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, yang diarah menjalani kuarantin selama 14 hari, melakukan rutin hariannya seperti biasa di dalam rumah namun ada beberapa ketika beliau terpaksa berdepan detik-detik yang mencemaskan.
"Setiap kali tekak saya terasa kering, akan bersin atau batuk, saya berasa cemas. Saya dan suami (Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah) telah diminta mengawasi gejala-gejala seperti demam, batuk dan sesak nafas," katanya ketika berkongsi pengalaman menjalani kuarantin sejak beberapa hari lepas melalui aplikasi WhatsApp dengan beberapa pengamal media di sini.
Fatimah adalah antara lima anggota Kabinet Sarawak yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah selepas mereka dilaporkan menjadi kontak rapat beberapa individu yang diuji positif COVID-19.
Beliau menyibukkan dirinya dengan bekerja seperti biasa di rumah tanpa meninggalkan solat dan aktiviti berbentuk kerohanian.
Meskipun dikuarantin, Fatimah sentiasa berhubung dengan kakitangannya dan Jawatankuasa Khas Rantaian Bekalan Makanan Negeri yang mana beliau adalah Timbalan Pengerusi.
"Ada ketikanya jawatankuasa kami bekerja dari rumah sehingga lewat malam. Kami menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon. Saya boleh menjangkakan bahawa bil telefon saya akan meningkat pada bulan Mac dan April. Ini tidak dapat dielakkan," katanya.
"Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Makan makanan sihat (Ini lebih mudah diperkatakan daripada dilakukan kerana kelemahan saya ialah kudap-kudapan). Minda, tubuh badan dan semangat, semua perlu dijaga," katanya.
Pada masa sama, mesej yang diterima melalui WhatsApp lebih banyak berbanding hari biasa dengan kata-kata bagi menenangkan hati, nasihat dan galakan yang telah membantu menaikkan semangat beliau selain merapatkan hubungannya dengan anggota keluarga serta rakan-rakan.
Anggota Kabinet Sarawak lain yang diarah menjalani kuarantin ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti Datuk Dr Stephen Rundi Utom.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020
Fatimah adalah antara lima anggota Kabinet Sarawak yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah selepas mereka dilaporkan menjadi kontak rapat beberapa individu yang diuji positif COVID-19. - Gambar fail Bernama
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konvensyen PBB: Fatimah cadang pinda Perlembagaan, beri peluang sama rata kepada wanita
Fatimah Abdullah menyuarakan agar lebih ramai wanita muda berusia antara 29 hingga 40 tahun menyertai Pergerakan Wanita PBB bagi membolehkan golongan itu berada dalam kedudukan penting.
DUN Sarawak: Ibu bapa culas daftar kelahiran punca anak tiada dokumen pengenalan diri - Fatimah
Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.
Sarawak perlu diberi kuasa khas selesai isu kewarganegaraan - Fatimah
Datuk Seri Fatimah Abdullah menegaskan sebagai sebuah wilayah yang berautonomi kuasa itu wajar dianugerahkan kepada Sarawak agar isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera. .
GPS terus pertahan martabat wanita Sarawak - Premier
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, setiap rintangan haruslah diketepikan supaya tidak akan menghambat kemajuan kaum wanita.
Guru tadika dan taska perlu diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 - Fatimah
Ini kerana tugas mereka memerlukan sentuhan, selain perlu berada berdekatan dengan murid.
"Meskipun terlantar sakit, saya paksakan diri bekerja untuk anak-anak..."
Nor Karmira Benny, seorang ibu tunggal cekal membesarkan lima anaknya meskipun terlantar di katil sejak Ogos tahun lalu kerana sakit.
Sarawak terima geran Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan KRT
Kerajaan negeri Sarawak menerima geran Kerajaan Persekutuan bernilai RM3,615,800.00 bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu.
PRN12 Sarawak: Pas tidak bertanding bukti persefahaman baik dengan GPS
Tindakan Parti Islam SeMalaysia (Pas) tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) memberi gambaran baik sokongan parti itu terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Pembukaan semula tadika, patuh SOP atau diarah tutup di Sarawak
Pengusaha tadika dan taska seluruh Sarawak diarahkan untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) sempena pembukaan semula tadika dan taska seluruh negara hari ini.
SOP pembukaan tadika bukan hanya di bahu pengendali
Semua operator tadika dan taska serta ibu bapa di Sarawak digesa untuk melakukan perjumpaan bersama bagi menetapkan kesesuaian pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).