IPOH: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak memaklumkan laman Facebook agensi itu yang digodam semalam, tidak lagi menjadi medium rasmi dan orang ramai diminta untuk melayari laman sesawang sedia ada di https://spa.perak.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini.
SPA Perak dalam satu kenyataan dalam laman sesawangnya itu turut menjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan.
"Pejabat ini memahami keresahan yang dirasai oleh ramai pihak berkenaan gangguan yang dialami oleh Laman FB rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
"Dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib," menurut kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, SPA Perak turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk orang awam yang prihatin terhadap masalah yang berlaku.
Semalam, SPA Perak dalam kenyataan memaklumkan laman sosial Facebook milik agensi itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab sekitar 12 tengah hari.
Semakan mendapati terdapat beberapa video lucah dimuat naik di akaun Facebook tersebut sejak tengah hari semalam dengan kali terakhir pada kira-kira 9 malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Pada Isnin, SPA Perak memaklumkan laman sosial Facebook miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab sekitar jam 12 tengah hari. - Gambar hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Gaji permulaan terendah di laman sesawang SPA akan dikemas kini pada Disember
Kadar gaji permulaan terendah bagi jawatan ditawarkan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dikemas kini pada 1 Dis.

SPA jangka lebih ramai golongan muda sertai sektor awam
SPA menjangkakan dapat menarik lebih ramai golongan muda menyertai sektor awam susulan pengumuman mengenai pelarasan gaji penjawat awam.

PM Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi SPA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.

Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.

FB digodam: SPA Perak ambil tindakan, FB bukan lagi medium rasmi
SPA Perak menjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan.

Lelehan darah di betis bongkar remaja buang bayi belakang rumah
Seorang remaja perempuan sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumah di Kampung Geting di Tumpat, sebelum berpura-pura menjumpai bayi tersebut.

Tak semua penjawat awam kaki ponteng - Cuepacs
Kes tata tertib membabitkan ponteng atau tidak hadir bertugas seperti didedahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak menggambarkan keseluruhan sikap penjawat awam.

SPA terima 1.28 juta permohonan lantikan tetap, lebih 20,000 jawatan diisi
SPA menerima 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap untuk jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana, menerusi SPA9 secara dalam talian tahun lepas.

Ponteng kerja antara faktor popular penjawat awam kena tatatertib
Ponteng atau gagal hadir bertugas antara faktor popular seorang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib termasuk digantung dari perkhidmatan awam.