WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat meluluskan ubat berasaskan hormon untuk merawat postpartum selepas bersalin (PPD).
Ubat zuranolone, yang akan dijual di bawah jenama Zurzuvae, adalah rawatan oral pertama yang diluluskan oleh FDA yang dihasilkan untuk menangani kemurungan selepas bersalin, lapor United Press International (UPI).
"PPD ialah masalah kemurungan utama yang biasanya berlaku selepas bersalin tetapi boleh bermula pada peringkat akhir kehamilan.
"Sehingga kini, rawatan untuk PPD hanya tersedia menerusi suntikan IV (intravena) yang diberikan oleh penyedia penjagaan kesihatan di kemudahan penjagaan kesihatan tertentu," menurut FDA dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tidak seperti rawatan antidepresi biasa, yang mengambil masa untuk berkesan, zuranolone direka untuk berfungsi dengan cepat dan diambil untuk tempoh yang singkat, membolehkan ibu merawat masalah postpartum dengan cepat.
"Kemurungan selepas bersalin adalah keadaan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa di mana wanita mengalami kesedihan, rasa bersalah, tidak bernilai -- walaupun dalam kes yang teruk, pemikiran untuk mencederakan diri sendiri atau anak mereka.
"Dan, kerana kemurungan selepas bersalin boleh mengganggu ikatan ibu-bayi, ia juga boleh membawa kesan kepada perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak itu," kata pengarah Bahagian Psikiatri di Pusat Penilaian dan Penyelidikan Dadah FDA, Tiffany Farchione.
"Memiliki akses kepada ubat oral akan menjadi pilihan yang bermanfaat bagi kebanyakan wanita ini menghadapi tekanan perasaan, dan kadangkala mengancam nyawa," kata Farchione.
Ubat ini berasaskan allopregnanolone, yang merupakan produk sampingan progesteron.
"Apabila seorang wanita hamil, badan mereka menghasilkan sejumlah besar progesteron. Penurunan pesat tahap progesteron dipercayai menyumbang kepada kemurungan selepas bersalin.
Zuranolone perlu diambil mengikut dos yang disyorkan iaitu 50mg selama 14 hari.
Pembungkusan ubat akan memaparkan amaran bahawa ia boleh mengganggu keupayaan seseorang untuk memandu atau melakukan tugas berisiko.
Kesan sampingan yang biasa termasuk cirit-birit, pening, keletihan, mengantuk, jangkitan saluran kencing dan selesema.
Kesan sampingan yang lebih serius termasuk membahayakan janin dan pemikiran untuk membunuh diri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Ubat zuranolone, yang akan dijual di bawah jenama Zurzuvae, adalah rawatan oral pertama yang diluluskan oleh FDA yang dihasilkan untuk menangani kemurungan selepas bersalin. -Gambar hiasan/AP

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Sos dari AS ditahan di sempadan kerana mengandungi racun perosak - FDA Taiwan
Sebanyak 1,332kg sos Lea and Perrins yang diimport oleh Taiwan Hsin Lin Enterprise Co yang berpangkalan di Taipei, dikembalikan atau dimusnahkan di sempadan.

FDA lulus Apple Airpods Pro 2 sebagai alat bantu dengar
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan perisian yang membolehkan versi terkini fon telinga Apple AirPods Pro bertindak sebagai alat bantu dengar.

FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon
Syarikat itu merancang untuk melancarkan produk ini dalam masa terdekat.

FDA AS lulus ubat oral pertama Zurzuvae rawat kemurungan selepas bersalin
Ubat zuranolone, yang akan dijual di bawah jenama Zurzuvae, adalah rawatan oral pertama yang diluluskan oleh FDA yang dihasilkan untuk menangani kemurungan selepas bersalin.

FDA AS lulus ubat Leqembi untuk rawat Alzheimer
Leqembi berfungsi dengan mengurangkan amyloid plaques yang terbentuk di dalam otak, menurut FDA.

Taiwan rampas serbuk protein mengandungi bahan pengawet terlarang
Produk serbuk protein dadih susu yang diimport dari United Kingdom (UK) yang dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini, didapati mengandungi bahan pengawet yang dilarang

Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.

Thailand tidak import produk ais krim Haagen-Dazs mengandungi bahan tercemar
Weerachai Nolwachai berkata, pemeriksaan mendapati Thailand tidak mengimport sebarang produk itu, setakat ini.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

COVID-19: Pil Paxlovid mampu kurangkan kemasukan ke hospital
Terdapat bukti saintifik Paxlovid mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian pesakit COVID-19 ringan hingga sederhana.