SANTA CLARITA: Fedora yang dipakai watak Indiana Jones dan cermin mata Harry Potter adalah antara 1,200 memorabilia filem dan televisyen yang bakal dilelong di Prop Store, California, Amerika Syarikat.
Reuters memetik kata Pengurus Pemasaran Prop Store, Matt Truex, bahawa acara lelongan itu adalah antara yang terbesar pernah mereka anjurkan, selain mengharapkan sambutan hangat daripada golongan pengumpul.
"Salah satu daripada barangan yang dilelong adalah topi fedora asli bagi watak Indiana Jones yang dipakai oleh aktor Harrison Ford dari filem Indiana Jones and the Temple of Doom. Nilai lelongannya adalah antara AS$250,000 hingga AS$350,000 (RM1,034,700 - RM1,448,600)," kata Truex.
Para pembida boleh melihat katalog penuh barangan yang dilelong itu melalui Zoom dan membuat pembelian secara dalam talian atau telefon.
Antara ratusan barangan menarik lain adalah memorabilia dari filem seperti Terminator 2: Judgment Day, Star Wars, Batman, Elf, Top Gun dan The Muppets.
“Kami juga memiliki barangan untuk pengumpul seni komik,” tambah Truex.
Tongkat sakti dan cermin mata Harry Potter, yang pernah dipakai Daniel Radcliffe semasa produksi Harry Potter and the Deathly Hallows, dipercayai menjadi barangan yang paling disukai pembida.
Ini nerupakan kali pertama arkib Warner Brothers melepaskan barangan seperti tongkat dan cermin mata Harry Potter untuk acara lelongan.
Truex berkata, peminat yang memiliki bajet rendah tidak perlu kecewa, kerana ada barangan yang dilelong pada nilai yang berpatutan.
"Kami menawarkan barangan dari serendah ratusan hingga ribuan dolar. Dengan 1,300 item yang kami senaraikan, diharapkan para peminat dan pembida dapat memiliki sesuatu yang mereka inginkan dari filem-filem kegemaran mereka," kata Truex.
Agensi
Mon May 24 2021

Barangan menarik dari produksi filem 'Star Wars' juga tersenarai dalam acara lelongan itu. - Reuters
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Pemain watak 'Prof McGonagall' dalam Harry Potter, Maggie Smith, pergi buat selamanya
Mendiang Maggie Smith menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.

Bintang Harry Potter, Michael Gambon meninggal dunia
Gambon terkenal dengan watak, Profesor Albus Dumbledore disahkan meninggal dunia akibat pneumonia.

Taman tema dalaman terbesar Harry Potter dibuka di Tokyo
Taman tema itu membolehkan pelawat meneroka produksi di sebalik tabir filem Harry Potter serta melalui pengalaman ajaib secara interaktif.

Sah! Siri televisyen Harry Potter diumum secara rasmi
Siri televisyen Harry Potter itu akan dibarisi pelakon baharu dan ia diberikan komitmen selama 10 tahun.

Aktor 'Harry Potter' dan 'Star Wars' Paul Grant meninggal dunia
Aktor Paul Grant yang pernah membintang filem sains fiksyen popular Star Wars dan Harry Potter dilaporkan meninggal dunia di London. Mendiang berusia 56 tahun.

Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia
Coltrane meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Forth Valley Royal di Falkirk, Scotland.

Expecto Patronum! - Kuiz ulang tahun ke-20 filem Harry Potter ditayang akhir tahun ini
Ia turut menampilkan segmen khas dipanggil "permainan bersama" di mana peminat boleh mengambil bahagian dengan berpakaian mengikut tema di rumah masing-masing.

Peminat Harry Potter kembali kunjungi studio
Pintu Studio Warner Brothers di London kembali dibuka bagi menyambut kedatangan peminat siri Harry Potter yang ingin menyaksikan set-set penggambaran filem.

PlayStation 5 mula dijual 12 November, Final Fantasy XVI antara judul eksklusif
PS5 akan dijual dengan harga AS$500 (kira-kira RM2,060), sepadan dengan harga Xbox Series X Microsoft Corp yang juga akan dijual tidak lama lagi.

Buku terbitan pertama 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' dilelong RM176,000
Buku penerbitan popular seluruh dunia itu dilelong dalam talian di Bishton Hall, Staffordshire baru-baru ini.