SHAH ALAM: Fenomena air pasang besar yang memasuki hari ketiga bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal pada Selasa.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan masih terkawal kerana cuaca baik.
"Paras air laut di perkampungan nelayan dan Pelabuhan Klang adalah 5.4 meter seperti mana laporan Jabatan Meteologi sebelum ini, namun keadaan terkawal kerana tidak hujan.
"Ada lokasi-lokasi yang berlaku limpahan air tetapi tidak ada pemindahan dan air limpahan ini juga dijangka surut dalam tempoh singkat," katanya kepada Sinar Harian.
Norazam berkata, sebanyak 10 Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Klang dan Kuala Selangor sudah digerakkan untuk menjalankan pemantauan di kawasan terbabit.
"Ia melibatkan kira-kira 100 anggota yang juga bersiap siaga bagi pemindahan mangsa jika berlaku bencana banjir sepanjang fenomena air pasang besar ini melanda," katanya.
Sementara itu, media sebelum ini melaporkan sebanyak 62 lokaliti di Klang dikenal pasti berisiko banjir ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku selama tujuh hari bermula pada Ahad.
Antara 62 lokaliti itu ialah Taman Sentosa, Taman Sri Muda, Kg. Johan Setia, Jalan Kebun, Kampung. Jalan Benteng, Jalan Hamzah Alang @Pekan Meru, Kampung Jawa, Kampung Bukit Naga, Kawasan Sementa, Taman Klang Utama, Taman Chi Liung dan Kampung Jalan Kenangan.
Turut dikenal pasti berisiko banjir ialah Kawasan Tol Sungai Rasau, Jalan Tunku Kelana, Jalan Pasar Klang, Kampung Haji Shariff Meru, Taman Berkerley, Kawasan Taman Rashna/ Tugu Keris, Jalan Chempaka, Meru, Bukit Kemuning, Bukit Kapar/ Jalan Sekolah, Jalan Kerayong, Taman Petaling Indah, Kampung Telok Gong, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah, Jalan Kebun Nenas, Taman Melawis @Taman Teluk Pulai dan Kampung Delek
Selain itu, kawasan berisiko banjir ialah Bandar Puteri, Kampung Air Kuning, Sungai Kapar Indah, Kampung Tradisi, Pendamar, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Batu 3 Lama, Jalan Dato Yusuf Sahabudin, Taman Telok Gadong Indah, Taman Selat Damai, Pandamaran, Taman Seri, Taman Daya Meru, Jalan Teratai Meru, Taman Saujana Sejati, Jalan Keledang Meru dan Jalan Kem Pelabuhan Klang.
Turut terlibat Taman Setia, Taman Klang Jaya, Mutiara Bukit Raja, Jalan Bakti Kampung Batu 3, Taman Berkat Meru, Jalan Batai Laut Bukit Raja, Taman Intan, Jalan Kampung India Perepat, Taman Bayu Perdana, Batu 8 Bukit Kemuning, Taman Seah Hong, Taman Intan Kapar, Taman Kapar Indah, Taman Alam Nyata, Taman Meru Utama, Pantai Baru, Jalan Meru, Taman Meru Murni, Jalan Bukit Rimau dan Taman Bunga Raya Seksyen 30.
Dalam pada itu, daripada jumlah itu, sebanyak tiga lokaliti yang dikenal pasti paling berisiko tinggi banjir termasuk Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Telok Gong, Pelabuhan Klang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 13 2022

Fenomena air pasang besar bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal. - Foto Sinar Harian
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.

Air pasang besar: JPS ramal 43 kampung berisiko dinaiki air
Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.

Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.

Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.

Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.

Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.

Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.

Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.