Sebuah Pusat Ramalan Iklim (CPC) menjangkakan Fenomena El Nino, yang menyebabkan Malaysia kini mengalami panas terik dan kemarau, berakhir pada Jun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Beliau berkata CPC Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA) yang berpejabat di Amerika Syarikat menjangka fenomena itu tamat apabila bacaan Oceanic Nino Index (ONI) mencatat kurang daripada 0.5 darjah Celsius berbanding 2.0 darjah Celsius ketika ini.
"Impak El Nino terhadap suhu negara dijangka beransur reda apabila kekuatan El Nino semakin menurun selain peningkatan kekerapan hujan semasa musim peralihan monsun mencapai kemuncaknya pada penghujung April atau awal Mei nanti.
"Ini kerana hujan dan ribut petir terutamanya pada sebelah petang dan senja di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak akan lebih kerap berlaku semasa peralihan monsun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Berdasarkan pencerapan terkini CPC itu, nilai ONI pada Jan-Feb-Mac lepas ialah 2.0 darjah Celsius manakala nilai ONI bagi Feb-Mac-April hanya akan diketahui setelah bacaan bagi keseluruhan April diperoleh.
Madius berkata El Nino lemah yang mula terbentuk pada Mac tahun lepas menjadi kuat pada Ogos tahun sama apabila anomali suhu permukaan laut di timur dan tengah kawasan Khatulistiwa Lautan Pasifik yang dikenali sebagai ONI mencatatkan nilai sekurang-kurangnya 1.5 darjah Celsius.
"Kekuatan El Nino mencapai nilai tertinggi pada Disember 2015 apabila nilai ONI mencapai 2.3 darjah Celcius. Nilai ini adalah sama dengan yang pernah berlaku pada kejadian El Nino 1997/1998," katanya.
Semalam, beliau berkata empat kawasan di seluruh negara mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 24 hari setakat 6 April lepas.
Kawasan berkenaan ialah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang yang mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 38 hari diikuti Felda Tenggaroh Timur 2 di Mersing, Johor selama 30 hari.
Dua daerah di Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat Kota Belud dan dan Langkorn Estate, Kudat masing-masing mengalami 25 dan 24 hari tanpa hujan.
Bernama
Mon Apr 18 2016

MADIUS: NOAA menjangka fenomena itu tamat apabila bacaan ONI mencatat kurang 0.5 darjah Celsius berbanding 2.0 darjah Celsius ketika ini. -Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Rayuan SPRM terhadap keputusan guna akta sendiri untuk reman suspek didengar 20 Julai
Tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes rayuan itu didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli pada Isnin.

Jokowi ucap tahniah kepada Xi atas pelantikan semula sebagai Setiausaha Agung CPC
Presiden Indonesia Joko Widodo mengucapkan tahniah kepada Presiden China Xi Jinping selepas pelantikan semula sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis China (CPC) untuk penggal ketiga.

Perjumpaan tertutup BN dan CPC bukan perkara asing - Tengku Adnan
Perjumpaan tertutup tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Communist Party of China (CPC) baru-baru ini bukanlah perkara asing ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.

Fenomena El Nino dijangka berakhir Jun ini - Madius
NOAA menjangka fenomena itu tamat apabila bacaan Oceanic Nino Index (ONI) mencatat kurang daripada 0.5 darjah Celsius berbanding 2.0 darjah Celsius ketika ini.