BUTTERWORTH: Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth di sini dilaporkan tenggelam awal pagi ini.
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ketika ini sedang menjalankan usaha untuk menaikkan semula feri berkenaan manakala pihak bomba pula mengawal minyak daripada tumpah ke dalam laut.
Difahamkan feri berkenaan mula senget sebelum tenggelam sepenuhnya kira-kira 3 pagi tadi dan kejadian dipercayai berpunca daripada tali yang mengikat feri ini putus susulan angin kuat.
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan kemudian digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri bagi motosikal dan basikal.
Bagaimanapun bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP bercadang menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina yang akan diubah suai sebagai restoran serta muzium terapung, dan ia tidak bergerak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Difahamkan feri berkenaan mula senget sebelum tenggelam sepenuhnya kira-kira 3 pagi tadi dan kejadian dipercayai berpunca daripada tali yang mengikat feri ini putus susulan angin kuat. - Foto Kelab Melayu Pulau Pinang

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.