IPOH: Dianjurkan bagi mempromosikan pakaian tradisional iaitu kain sarung, Festival Sarung anjuran Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) dan Kelab Olahraga Bagirun yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini, mendapat sambutan luar biasa.
Presiden Kelab Olahraga Bagirun, Khairul Amnan Osman berkata lebih 1,000 peserta hadir menyertai aktiviti itu dengan rata-ratanya segak memakai kain sarung di festival yang juga berobjektif mendidik orang ramai mengenai sejarah serta rahsia kain sarung.
"Aktiviti Larian Sarung mendapat penyertaan 400 peserta dewasa (6 kilometer) dan 30 peserta kanak-kanak (800 meter) yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa untuk kita semai semangat patriotik termasuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sempena kita menyambut hari kemerdekaan baru-baru ini kita juga nak terapkan bahawa golongan hari ini masih menghargai nilai budaya dan hari ini kita boleh lihat semua orang memakai pakaian tradisi, menyarungkan kain sarung dan hadir ke sini dengan pelbagai jenis busana," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Khairul Amnan berkata, selain Larian Sarung turut dianjurkan pelbagai aktiviti lain seperti Senam Sarung dan Sukan Rakyat Sarung yang turut menawarkan hadiah lumayan.
Beliau berkata Sukan Rakyat Sarung terbahagi kepada beberapa jenis sukan iaitu terompah gergasi, kelereng, boling kelapa, sepak raga ratus, dan pancing botol.
"Johan Larian Sarung membawa pulang RM500, kedua (RM300), ketiga (RM200) manakala Sukan Rakyat Sarung johan menerima (RM1,000), kedua (RM700) dan ketiga (RM500) malah kita turut sediakan hadiah berupa RM100 kepada enam peserta paling sporting dalam acara Senam Sarung," katanya.
Katanya, program itu juga mendapat kerjasama Tourism Perak, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Perak, Temasya Budaya@Negeri Perak, Dedaun Rimba dan More Manjat.
"Kalau ikutkan ini kali kedua penganjuran namun tahun ini merupakan penganjuran pada skala lebih besar secara terbuka kerana sebelum ini kita buat dalam kalangan komuniti kami sahaja.
Kita harapkan ia akan diteruskan siri penganjurannya pada masa akan datang kerana dapat membantu mempromosikan sarung Malaysia sebagai salah satu elemen kebudayaan unik di negara ini dan Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Khairul Amnan berkata, selain Larian Sarung turut dianjurkan pelbagai aktiviti lain seperti Senam Sarung dan Sukan Rakyat Sarung yang turut menawarkan hadiah lumayan. - Gambar Bernama
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

Festival promosi kain sarung sempena Bulan Kebangsaan dapat sambutan luar biasa
Festival Sarung anjuran Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) dan Kelab Olahraga Bagirun yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini, mendapat sambutan luar biasa.