Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju memberikan dua kerusi dalam Lembaga Pengarahnya untuk wakil FELDA, bagaimanapun satu daripada kerusi itu adalah kerusi gantian.
Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, keputusan dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dengan pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, minggu lepas.
Katanya, sebelum ini, FELDA memohon tiga wakilnya diletakkan dalam Lembaga Pengarah FGV tetapi langkah itu memerlukan FGV menambah bilangan Ahli Lembaga Pengarah kepada maksimum 13 orang.
"Berdasarkan perundingan dengan pihak FGV, mereka bersetuju memberikan dua kerusi kepada Felda, dengan satu daripadanya adalah kerusi gantian.
"Dengan persetujuan ini, ia bermakna keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah adalah seramai 11 orang, iaitu tiga lantikan kerajaan, dua daripada FELDA dan enam lagi merupakan Lembaga Pengarah Bebas.
"FGV juga tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa semata-mata untuk menambah Ahli Lembaga Pengarah kerana bilangan sekarang masih termaktub dalam perlembangan syarikat," katanya kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Parllimen Johor Bahru di sini, hari ini.
Menurutnya, dalam keadaan FGV masih terumbang-ambing, FELDA tidak mahu penetapan kerusi itu dilengah-lengahkan kerana FGV boleh terkesan dengan perkara negatif.
Tambahan pula, FGV kini kehilangan beberapa individu penting, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha yang dipaksa bercuti awal Jun lalu.
Turut berdepan situasi sama ialah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. Delima Oil merupakan anak syarikat FGV.
Sementara itu, Shahrir yang merupakan anggota Parlimen Johor Bahru berkata, Barisan Nasional (BN) mahupun masyarakat FELDA tidak akan terkesan dengan analisis sesetengah pihak yang mengatakan BN akan kehilangan sekurang-kurangnya lima kerusi dalam kawasan FELDA pada pilihan raya umum akan datang, ekoran krisis FGV itu.
"Analisis ialah analisis. Kita tidak boleh larang tetapi pada kami (BN), kita bekerja dan tidak berhenti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017

Shahrir berkata Barisan Nasional mahupun masyarakat FELDA tidak akan terkesan dengan analisis sesetengah pihak yang mengatakan BN akan kehilangan sekurang-kurangnya lima kerusi dalam kawasan FELDA pada pilihan raya umum akan datang. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000
SPRM Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu.

Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.

Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah.

Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan
Pemegang saham di Jepun kini menggesa syarikat supaya membetulkan ketakseimbangan jantina dalam barisan lembaga pengarah masing-masing.

Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta
Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, dan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletakkan jawatan secara mengejut, awal pagi tadi.

Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC
Ahli lembaga pengarah bukan 'perhiasaan' dan jawatan berkenaan tidak harus dilihat sebagai satu keistimewaan atau kesempatan mendapatkan manfaat.

Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini
Noraini berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.

Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan
Peletakan jawatan Zainal Iskandar berlaku selepas beberapa peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah lain bulan lepas.

Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan Teleport menjalankan operasi sepenuhnya.

Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.