KUALA LUMPUR: Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempatan seperti polis, tentera dan pramugari sebagai koleksi peribadinya.
Bukan itu sahaja, pemuda berusia 33 tahun dari Gombak, Selangor itu juga mampu mereka cipta sendiri figura berskala 1:6 (ketinggian 30 sentimeter) daripada saiz manusia sebenar, iaitu kemahiran yang jarang dimiliki anak tempatan kerana ia memerlukan kreativiti, ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan figura menyerupai kostum sebenar.
Bercerita kepada Bernama baru-baru ini, pegawai psikologi di Kementerian Kerja Raya itu berkata minatnya bermula apabila melihat tidak ada pengumpul atau pereka figura tempatan yang mengetengahkan wira tempatan berbanding figura import.
"Sudah 15 tahun saya berkecimpung dengan hobi ini dan biasanya pengumpul figura tempatan obses dengan watak yang diinspirasikan daripada animasi dan filem luar negara seperti keluaran Hottoys dari Hong Kong yang mengeluarkan figura Marvel dan DC Comic seperti Spiderman, Ironman dan Hulk.
"Tapi, figura yang berkaitan peristiwa dan sejarah negara tidak ada orang yang mahir membuatnya, mungkin kerana tidak ada yang membuat kajian dan memerlukan masa bagi mendapatkan bahan untuk menghasilkan sesuatu figura tempatan yang sempurna," katanya.
Sehingga kini, Mohamad Afiq Faiz memiliki koleksi figura peribadi beridentitikan wira tempatan sebanyak 24 buah dan lebih 120 buah lagi dari luar negara.
Antara koleksi figura tempatannya ialah uniform polis wanita ketika memerangi komunis, Home Guard (1948-1960), uniform askar Melayu melawan askar Jepun di Bukit Chandu (1942), uniform polis ketika melawan komunis di Bukit Kepong (1950), uniform anggota Unit Tindakan Khas (UTK), uniform anggota elit Pasukan Khas Laut (Paskal) dan uniform pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT).
Figura lain dalam koleksinya ialah imej yang menjadi kebanggaan negara seperti uniform pramugari Malaysia Airlines dan AirAsia serta kostum peristiwa semasa seperti pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakai petugas barisan hadapan melawan virus COVID-19.
Kesemua figura tempatan itu kini dipamerkan di ruang pejabat Kementerian Kerja Raya, di sini bagi memeriahkan semangat patriotisme bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat kementerian itu.
Berkongsi lanjut, Mohamad Afiq Faiz berkata minat mendalam terhadap sejarah negara mendorong beliau mereka cipta figura tempatan selain mahu berkongsi minatnya kepada orang ramai melalui 'penceritaan' di sebalik setiap figura.
"Ibu saya bekas pegawai Arkib Negara dan kehidupan saya banyak dihabiskan di muzium yang terdedah dengan bacaan mengenai sejarah melalui buku dan dokumen lama. Lama-kelamaan timbul minat sehingga saya terfikir untuk berbuat sesuatu yang boleh menarik minat masyarakat kepada sejarah dalam bentuk figura uniform wira tempatan," katanya.
Bapa kepada seorang anak itu juga berkata pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya bagi menyiapkan sesuatu figura tempatan antaranya kajian di muzium, tempahan secara dalam talian untuk aksesori pakaian dan ubah suai daripada barang kitar semula seperti kertas, kain dan aluminium untuk dijadikan kostum figura.
"Selain itu, aspek pewarnaan juga mencabar, contohnya uniform polis dahulu kala, maklumat yang ada hanya (foto warna) hitam putih, jadi untuk mengetahui warna asal saya meminta bantuan kawan untuk menukar warna dengan menggunakan teknologi film colorization.
"Ada juga sumber yang saya tidak dapat buat di sini kerana tiada kepakaran, terpaksa menempahnya dari Perancis iaitu senjata jenis Sten Gun yang diguna polis semasa pertempuran di Bukit Kepong," katanya dan menambah badan figura pula adalah ready made yang diperbuat daripada getah silikon dan plastik.
Walaupun telah menghabiskan ribuan ringgit dan pernah menerima tawaran daripada individu tertentu untuk membeli figura tempatan yang dihasilkan, Mohamad Afiq Faiz belum berhasrat menjualnya setakat ini.
"Saya buat figura tempatan ini kerana minat dan mahu mendidik orang ramai untuk mengetahui sejarah negara melalui pakaian seragam, contohnya figura pasukan MALBATT menceritakan penglibatan tentera kita dalam misi pengaman di Lubnan, Paskal pula refleksi peristiwa kejayaan anggota itu menyelamatkan 23 kru MV kapal Bunga Laurel daripada serangan lanun Somalia.
"Jadi, sekiranya ada mana-mana individu yang ingin mengadakan pameran berkaitan sejarah, saya sedia membawanya untuk dipamerkan sebagai satu daripada daya tarikan dan pembelajaran yang lebih interaktif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
![Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661054831_MohamadAfiqFaizMo.jpg)
Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin menunjukkan cara menghasilkan koleksi figura pakaian seragam tempatan. - Foto BERNAMA
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
![Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661054831_MohamadAfiqFaizMo.jpg)
Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara
Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempat