KUALA LUMPUR: Filem cereka 'Prebet Sapu' arahan Muzammer Rahman, telah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac depan.
Finas dalam kenyataan memaklumkan filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio itu dihantar untuk bertanding bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.
Pemilihannya ke anugerah tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman.
"Ini selepas ia melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan,penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dansuntingan filem.
"Pemilihannya juga dibuat berdasarkan pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur sendiri," menurut kenyataan itu.
Finas berkata filem 'Prebet Sapu', adalah filem arahan sulung Muzammer menampilkan Amerul Affendi dan Mei Fen Lim sebagai teraju utama.
Turut membintangi filem tersebut ialah Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi.
Finas berkata selain Oscars, filem yang dihasilkan dalam konsep hitam putih ini juga telah mewakili Malaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa termasuklah Udine Far East Film Festival, Itali; Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada; Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.
Prebet Sapu mengisahkan kehidupan anak muda yang mencari makan di Kuala Lumpur sebagai pemandu prebet sapu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
![Filem 'Prebet Sapu' wakili Malaysia di anugerah Oscars - Finas Filem 'Prebet Sapu' wakili Malaysia di anugerah Oscars - Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635939399_TBPREBETSAPU.jpg)
Filem 'Prebet Sapu', adalah filem arahan sulung Muzammer menampilkan Amerul Affendi dan Mei Fen Lim sebagai teraju utama.- Foto Instagram/prebetsapufilm
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
![NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738889455_TBNCAA.jpg)
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
![Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738888349_CarabaoCup.jpg)
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
![[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza [KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738854256_AnwarIbrahimPales.jpg)
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
!['Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel 'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738886338_TBEhudOlmert.jpg)
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
![Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737420878_tbPresidentDonaldT.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
![JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu' JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733363420_keretasewaharam.jpg)
JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'
Jazmanie berkata JPJ telah adakan perbincangan dengan AGC sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
![Wanita ditahan bawa tiga lelaki Bangladesh tanpa dokumen sah Wanita ditahan bawa tiga lelaki Bangladesh tanpa dokumen sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597974259_SuptMohdIsmailIbr.jpg)
Wanita ditahan bawa tiga lelaki Bangladesh tanpa dokumen sah
Wanita berkenaan mendakwa dibayar sebanyak RM450 oleh seorang lelaki yang juga warganegara Bangladesh untuk membawa ketiga-tiga lelaki berkenaan ke Keteri Perlis.