KUALA LUMPUR: Final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan Tajikistan pada Selasa ini, dikekalkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, biarpun keadaan padang menjadi kritikan ramai.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman menerusi kenyataan berkata pihaknya membuat ketetapan itu, setelah mendapati padang berkenaan sesuai digunakan untuk aksi final, selepas penelitian dan penilaian daripada aspek teknikal hari ini.
Beliau berkata walaupun keadaan padang tidak memuaskan ketika skuad Harimau Malaya menewaskan India 4-2 Jumaat lepas, FAM yakin Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) serta pihak konsultan teknikal dan kontraktornya, mampu membaik pulih keadaan rumput menjelang Selasa depan.
"Semua bersetuju bahawa aksi final terus diadakan di Stadium Nasional, berdasarkan perkembangan positif yang dapat dilihat pada kerja-kerja baik pulih padang tersebut.
"Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon sendiri daripada segi teknikal melihat bahawa padang tersebut boleh digunakan dan berasakan lebih baik aksi final kekal di Stadium Nasional, supaya tidak mengganggu fokus dan persiapan pasukannya," kata Noor Azman.
Pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka antara Harimau Malaya dengan India Jumaat, rumput jenis Zeon Zoysia di padang Stadium Nasional Bukit Jalil, dilihat tercabut seterusnya menyebabkan tompok di beberapa bahagian dan menyaksikan ketua jurulatih India Igor Stimac tidak gembira.
Noor Azman berkata keputusan mengekalkan Stadium Nasional Bukit Jalil turut mengambil kira beberapa faktor dan pertimbangan lain, termasuk aspek logistik membabitkan sekretariat, petugas serta pasukan yang terlibat.
Selain itu beliau berkata tiada venue lain di Lembah Klang yang mampu menampung jangkaan jumlah kehadiran penyokong Harimau Malaya, selepas lebih 10,000 tiket sudah dijual setakat ini.
"Jika pindahkan aksi final ke Stadium Sultan Ibrahim di Johor atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu, ia akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada penyokong setia Harimau Malaya yang telah membeli tiket, kerana majoriti mereka berada di Lembah Klang," katanya.
Antara yang hadir pemeriksaan padang dan mesyuarat hari ini ialah Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengerusi PSM Datuk Hans Isaac, Ahli Lembaga Pengarah PSM yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John dan Pan Gon.
Pestabola Merdeka merupakan kejohanan pertama diadakan di Stadium Nasional, yang ditutup sejak Mac untuk penanaman rumput baharu dan proses menaik taraf berkaitan padang, struktur dan tapak semaian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
FAM mendapati padang sesuai digunakan untuk aksi final, selepas penelitian dan penilaian daripada aspek teknikal hari ini. - Facebook FAM
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
Wei Chong-Kai Wun mara ke final, kejutkan senior Aaron-Wooi Yik
Wei Chong dan Kai Wun ambil masa 31 minit untuk menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 itu, dengan kemenangan 21-18, 21-15.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Piala Skuasy Malaysia: Sivasangari, Eain Yow mara ke final
Sivasangari melangkah ke final dengan kemenangan bergaya 11-3, 11-8, 11-6 ke atas pemain Scotland Georgia Adderley dalam masa 31 minit.
Masters Korea: Peluang Aaron Chia-Soh Wooi Yik padam kemarau kejuaraan
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan gandingan Taiwan dalam masa 36 minit untuk mara ke final kedua Jelajah Dunia tahun ini.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita
Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita.
Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 5-1, malam ini.
Olimpik Paris 2024: Dua atlet negara tamat perjuangan
Harapan dua atlet negara di Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila masing-masing terkandas di pusingan kelayakan pada Sabtu.
EURO 2024: Keunggulan Sepanyol atau 'magis' England, final dambaan fanatik bola sepak
Ramalan paling sukar dalam bola sepak ialah ketika aksi final kerana ia bukan soal taktikal dan skil semata-mata, ia melibatkan keinginan, siapa paling dahagakan kemenangan.