Kedah dinobatkan juara Piala FA Malaysia pada Sabtu, namun aksi final FA Indonesia atau digelar sebagai Piala Indonesia yang dijadualkan semalam, terpaksa ditunda berikutan kebimbangan tahap keselamatan perlawanan akhir kedua itu.
Final kedua Piala Indonesia, yang menggunakan format Piala FA itu antara pasukan Persija Jakarta dan PSM Makassar, sepatutnya berlangsung 3 petang waktu Indonesia Barat semalam di Stadium Mattoangin, Makassar.
Pasukan Persija yang memenangi perlawanan akhir pertama dengan jaringan 1-0 pada 21 Julai lepas di Jakarta, enggan ke Stadium Andi Mattalatta, Mattoangin, Makassar atas faktor keselamatan.
Bas yang dinaiki pemain pasukan itu dilempar batu dan objek keras, manakala dalam sesi latihan mereka sehari sebelum itu, bas yang dinaiki pasukan itu juga dilempar batu dan objek keras ketika menjalani latihan di stadium berkenaan.
Menurut media tempatan, berikutan insiden semasa sesi latihan pasukan Persija itu, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memutuskan aksi akhir kedua itu dilangsungkan tanpa penonton.
Aksi final kemudian ditangguhkan kepada pukul 3.30 petang semalam, sebelum Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria memutuskan aksi final kedua itu ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Sehingga petang ini, PSSI belum mengumumkan jadual baharu aksi final kedua itu.
Piala Indonesia 2018-2019 itu ditandingi 128 pasukan dari Liga 1, 2 dan 3, menerusi format kalah mati.
Bernama
Mon Jul 29 2019

Aksi final FA Indonesia terpaksa ditunda berikutan kebimbangan tahap keselamatan perlawanan akhir kedua itu. - Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Final Piala FA Indonesia ditangguhkan akibat ancaman keselamatan
Kedah dinobatkan juara Piala FA Malaysia namun aksi final FA Indonesia yang dijadualkan semalam, terpaksa ditunda berikutan kebimbangan tahap keselamatan perlawanan akhir kedua itu.